Soalan yang saya pernah dapat tentang pembelian kereta terpakai adalah, di website apa yang sesuai untuk mencari kereta terpakai second hand yang betul dan dipercayai. Sebenarnya di Malaysia kita ada beberapa buah website jual beli kenderaan samada baru atau terpakai yang boleh anda jadikan rujukan. Malah dalam dunia sekarang, saya memang suka kalau anda membuat carian di internet dahulu berbanding pergi terus ke kedai yang menjual kereta terpakai. Ini penting bagi mempersiapkan anda dengan beberapa info asas seperti harga pasaran kenderaan.
Saya pernah membuat carian berkenaan kereta Proton di laman jual beli kereta terpakai Malaysia. Dan saya sudah dapat mengagak harga pasaran kereta tersebut. Dan apabila saya terus ke kedai jual kereta terpakai, mereka menjual harga yang lebih mahal dari apa yang saya ketahui. Dan ini membuatkan saya mengelak dari membeli kereta di kedai tersebut kerana saya tahu harga pasaran kereta tersebut bagi tahun yang lebih kurang sama. Ianya semacam rugi buat saya jika kedai lain boleh menawarkan harga yang jauh lebih murah.

Website untuk membeli kereta terpakai Malaysia
Apakah tips untuk membeli kereta terpakai? Ada beberapa aspek yang perlu anda lihat dahulu sebelum anda bercadang mendapatkan kereta second hand untuk diri atau keluarga anda iaitu;
Umur kereta – Pastikan anda membeli kereta di bawah 5 – 7 tahun dari tahun sekarang. Ini kerana, selalunya kereta yang sudah berumur lama berisiko menghadapi rosak sana sini yang tidak anda ketahui
Pinjaman loan kereta – Di sebabkan umur kereta terpakai sudahpun beberapa tahun. Pastikan pinjaman loan kenderaan anda tidak lebih lama dari 7 tahun. Anda pasti tidak mahu apabila loan kereta anda telah habis dan umur kereta anda pun sudah lebih 10 tahun bukan?
Kilometer perjalanan – Pastikan kereta second hand yang anda beli itu tidak dipakai perjalanannya melebihi 100KM perjalanan. Tidak seronok hendak menggunakan kereta yang sudah berjalan lebih dari 100KM
Model kereta – Bagi saya model keluaran adalah perkara subjektif. Sesetengah orang minat dengan model tertentu. Terpulang kepada anda
Kondisi kereta – Pastikan bab bab tambahan yang lain seperti tayar tidak botak, timing belt masih baru, aircond masih berfungsi, gear, stereng semunya masih elok. Kita tidak mahu anda membeli kereta terpakai dan selepas itu anda terpaksa mengeluarkan kos membaiki yang besar
Nasihat saya, sebelum anda membeli kereta terpakai, sila buat carian dahulu di internet di website website yang menyediakan servis jual beli kereta second hand. Ketahui harga jualan kereta pilihan anda mengikut tahun dan kemudian buat lawatan ke kedai tersebut untuk melihat lanjut kondiri kereta yang anda berminat itu. Mari lawat website kereta terpakai dengan klik link di bawah ini. Sekian.
>>> Lawat Website Mudah.my Di Sini – [ Click Here ] <<<
>>> Lawat Website CarBase.my Di Sini – [ Click Here ] <<<
The post Website Untuk Membeli Kereta Terpakai (Second Hand) Malaysia appeared first on eCommerce Malaysia.