Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all articles
Browse latest Browse all 727

Manfaat Dan Kebaikkan Teh Hijau

$
0
0

Kebaikkan Teh Hijau – Aku sangat sangat sukakan minuman teh. Kalau dibanding antara kopi dan teh memang aku memilih teh. Kopi dan teh mempunyai rasa yang berbeza satu sama lain tetapi tetap mempunyai keunikkan rasa sedap yang tersendiri. Disebabkan kehidupan didalam family yang tidak membiasakan meminum kopi, menyebabkan teh menjadi minuman biasa berbanding kopi yang setahun sekali pun agak sukar aku lihat ianya dihidangkan. Tiga jenis teh yang biasa aku minum adalah Teh O, Teh O Ais Limau dan juga Teh Ais (berasaskan campuran susu).

Jujur aku tidak tahu persis akan kebaikkan teh ini. Kebiasaannya dan didalam budaya Malaysia dan lebih kearah Melayu, Teh yang biasa diminum adalah dari teh uncang biasa samada dari jenama Boh mahupun Lipton. Amat jarang sekali dan hampir tidak pernah aku minum, samada dihidangkan, diraikan, melawat sanak saudara, kekedai iaitu dihidangkan dengan Teh Hijau. Korang pernah minum Teh Hijau? Apakah Kebaikkan Teh Hijau?

Manfaat Dan Kebaikkan Teh Hijau

Manfaat Dan Kebaikkan Teh Hijau

Kebaikkan Teh Hijau Secara Umum

Secara umumnya (pendapat aku sahaja), Teh Hijau jarang dihidangkan didalam masyarakat melayu. Dan secara umumnya sememangnya semua orang sudah pasti tahu dan mendengar yang memang Teh Hijau ini baik untuk kesihatan. Walau ada yang menidakkan tetapi secara umum dan kebanyakkan memang mengatakan Teh Hijau baik untuk kesihatan berbanding teh biasa yang kita minum.

Kebaikkan Teh Hijau (Camellia Sinensis) yang sering diungkapkan adalah disebabkan kandungan paras catechin polyphenois yang tinggi khususnya epigallocatechin gallate (EGCG). EGCG adalah antioksidan yang hebat. Antioksidan Teh Hijau 100 kali lebih berkesan berbanding vitamin C dan 25 kali lebih kuat dari Vitamin E dari segi perlindungan sel dan DNA daripada kerosakan oksidan. Antioksidan yang kuat telah dibuktikan berupaya melawan virus, melambatkan penuaan dan mempunyai kesan baik keatas kesihatan

Antara Kebaikkan Teh Hijau Adalah

1. Mengurangkan risiko barah, arthritis rheumatoid, menurunkan kadar kolesterol, anti oksidan / awet muda

2. meransang penurunan berat badan dan membakar lemak, mencegah diabetes, mengurangkan risiko strok

3. kaya mineral dan vitamin, mencegah kerosakan gigi, melancarkan sistem pencernaan, mencegah hepatitis

Aku sebenarnya tidak tahu ingin mencari dimana teh hijau ini. Aku singgah dikedai kedai yang besar dan terus ke ruangan uncang teh untuk mencari cari jika terdapat dan ada terjual Teh Hijau. Ternyata teh hijau memang ada dijual seperti teh biasa dan dibuat uncang. Malah aku terkejut yang teh hijau boleh didapati dengan mudah walaupun tidak banyak kerana jenama seperti Boh dan juga Lipton ada menjualnya. Alhamdulillah sudah 5 hari aku minum minuman teh hijau ini. Pendapat aku adalah teh hijau ini apabila dicampur gula memang sangat sedap. Serius aku tidak tipu. Jom beralih kepada minuman sihat. Kebaikkan Teh Hijau pasti ada baiknya untuk jangka panjang. Amal kehidupan yang sihat. Peace…


Viewing all articles
Browse latest Browse all 727

Trending Articles