Best kan kalau hari hari buka email jer masuk email tentang komisyen hasil dari buat duit online iaitu buat duit dari rumah. Hari ini selepas dua hari lepas aku ada dapat komisyen dari Rujukan Penolong Akauntan dan hari ini pula aku dapat email menyatakan aku menerima komisyen dari Jobdirumah pula. Wow dan teruja. Buat pengetahuan semua, ini kali pertama aku mendapat komisyen dari program kerja online dari rumah. Aku tahu korang dah berpuluh puluh kali dapatkan.
Artikel mengenai kerja online seperti Jobdirumah ini aku hanya ada satu artikel sahaja itupun aku agak kurang bersungguh disebabkan merasakan terlalu ramai yang join dan hampir setiap orang sepertinya berkeupayaan mendapat komisyen dari Jobdirumah berkali kali. Pendapat aku seperti merasakan ianya sudah tepu. Tetapi aku silap, orang yang membeli panduan dari program ini bukan ingin menyertai affiliate Jobdirumah tetapi mereka ingin membuat duit dari rumah melalui program yang ditawarkan oleh Jobdirumah. Maka ianya tiada istilah tepu ataupun tidak.

Buat Duit Dari Rumah – Jobdirumah
Komisyen Buat Duit Dari Rumah oleh Jobdirumah
Walau ini pertama kali aku mendapat komisyen dari Testimoni Jobdirumah, rasanya ianya cukup untuk membuatkan aku terfikir dan bersemangat untuk membuat artikel yang kedua berkenaan peluang kerja dari rumah oleh Jobdirumah ini. Biasalah nak menulis ni memang memerlukan mood lagi lagi bagi seseorang yang agak sibuk disebabkan kerja dan jadual yang agak padat. Serius aku cakap yang apa apa program buat duit online ini memang menguntungkan dari segi jangka panjang dan juga bersifat passive income. Dengan menulis sahaja pun kita boleh dapat duit. Tak rugi sebenarnya lagi lagi bagi yang minat didalam berblogging.
Ok bagi yang berminat untuk Buat Duit Dari Rumah online dengan program Peluang Pekerjaan Di Rumah seperti ini, aku akan menceritakan serba ringkas apa itu Jobdirumah ini. Job dirumah ini adalah program yang menyediakan peluang kerja online yang boleh disiapkan mengunakan komputer dengan hanya dari rumah. Apa apa sahaja seperti menaip, menulis, mengira, data entry atau apa apa sahaja yang bersifat freelancer. Jobdirumah adalah orang tengah yang menyediakan peluang kerja ini. Korang akan dilatih dan dibantu untuk mendapatkan peluang kerja online yang sesuai buat korang. Mudah kan. Faham?