Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Google Adsense Text Ads Favicons

$
0
0

Adsense Text Ads Favicons – Tak tahu kenapa tadi aku melihat iklan Google Adsense telah memaparkan icon atau logo yang dipanggil Favicons. Serius sebelum ini perkara sebegini tidak pernah terjadi. Nampak lawa juga. Aku pun membuat carian diinternet dan “YA” memang ada berita tentang pihak Google meng-upgrade iklan mereka dengan penambahan icons atau logo bagi iklan jenis teks. Dengan kata lain, iklan teks selepas ini akan memaparkan icons bagi menerangkan produk atau logo syarikat si pengiklan.

Aku tidak tahu apa tujuan mereka. Aku pun tidak membaca lagi akan benda ni dari sumber Google. Tetapi jika mereka membuat ini untuk meningkatkan kadar visibility iklan mereka kepada pembaca aku rasanya bersetuju. Iklan yang mempunyai icon atau logo seperti ini dapat meningkatkan kadar klik pada iklan jenis teks dan mampu menarik pembaca website/blog untuk melawat link yang dipaparkan. Dengan kata lain iklan dari para advertiser akan lebih berjaya dengan kaedah jenis iklan baru seperti ini.

Adsense Text Ads Favicons

Adsense Text Ads Favicons

Pengalaman dan Kesan Iklan Adsense Text Ads Favicons

Perlu diketahui aku adalah pengguna adsense. Untuk pengetahuan korang, sejujurnya sebelum Panda dan Penguin melanda dengan besar besaran pada tahun 2012, blog ini iaitu “wanwidget” ini mampu memperoleh pendapatan dari adsense dengan nilai paling kurang RM100 setiap bulan. Memang best masa tuh. Korang bayangkan aku mampu menjana pendapatan dari blog sekurang kurangnya RM100 setiap bulan hanya dari adsense sahaja. Tetapi kini tidak lagi, hehehhe.

Selepas Panda dan Penguin melanda, trafik blog menjunam jatuh dengan teruk. Aku tidak pernah mengamalkan “copy paste”, serius tidak pernah. Tetapi aku mengabaikan satu benda ketika itu iaitu SEO. Aku hanya menulis tanpa mengambil kira SEO. Tanpa SEO tentu trafik blog menerima kesan ketara selepas zaman pembersihan google tahun 2012 itu.

Tetapi walau trafik jatuh, aku suka sebenarnya. Sebab selepas itu aku belajar erti “kualiti” dan juga “SEO” untuk diterapkan kedalam blog. Dan kemudian trafik blog mula stabil dan naik perlahan lahan walaupun masih tidak setinggi dulu. Takper, sekarang dah ada blog affiliate dah, hehehe.

Blog ini tidak tinggi trafiknya maka jumlah klik yang diterima pun rendah. Apabila mendengar berita tentang Adsense Text Ads Favicons ini, aku rasakan (pendapat aku jer), nilai klik pada iklan Google Adsense boleh meningkat lebih sedikit dari kebiasaan. Dan ini sebenarnya baik untuk para Advertiser mahupun Publisher.

Apa yang Google Adsense Team Katakan Tentang Adsense Text Ads Favicons Ini?

We’re constantly thinking about how we can make our ad formats better for you, your users and the advertisers appearing on your pages. Today we’re happy to share the introduction of favicons to our text ads. A favicon is a small graphic that an advertiser can use to brand their website, such as their company logo.

We regularly experiment with small changes to the look of our text ads, measuring the potential impact on user experience and publisher earnings. Our experiments show that adding these favicons to the ads makes advertisers more recognizable to your users, which benefits both you and the advertisers whose ads appear on your sites.

Ada kawan kawan kat sini yang masih dengan adsense? Boleh ceritakan earning korang? Korang dah tengok image terbaru tentang Adsense Text Ads Favicons ini? Apa pendapat korang, ok atau tidak. Pada aku, aku suka dengan Adsense Text Ads Favicons ini. Terbaiklah Google. Nasihat aku, kalau ingin buat duit online, jangan bergantung dengan hanya satu sumber. Pelbagai lebih baik. Bye…


Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Trending Articles