Komisyen Jobdirumah – Alhamdulillah, baru 3 hari lepas aku dapat komisyen pertama dari Jobdirumah dan semalam aku dapat lagi komisyen dari buat duit dari rumah oleh Jobdirumah ini untuk kali kedua. Senyum jer bila buka email semalam. Rasa macam tidak percaya pula. Untuk yang mengikuti blog ini mungkin tahu yang aku sedang membangunkan superblog iaitu blog yang dikhaskan dan bertujuan untuk artikel artikel dari produk affiliate. Dan dengan itu fokus terarah dan semangat untuk menulis akan lebih best sebab kita ada blog yang mempunyai nichie yang spesifik.
Dan hari ini berita gembira lagi menerjah. Aku buka email dan aku telah diberitahu yang aku telah menjana hasil dari jualan ebook Jomniaga. Sebuah panduan mengenai Saham telah terjual. Masuk lagi duit hari ini. Gembira. Mungkin inilah perasaan yang dirasakan oleh para affiliate tegar yang selalu duit masuk hari hari. Seronok jer rasa. Pagi pagi buka email ada notifikasi dari hasil jualan ebook. hehehe. Aku harap apa yang aku papar tidak disalah ertikan. Ianya bermaksud untuk mempengaruhi, mengajak dan menyedarkan rakan rakan akan potensi buat duit dengan blog melalui affiliate. Senyumm….

Komisyen Jobdirumah