Satu soalan kepada anda. Apakah perkembangan teknologi smartphone bakal menamatkan zaman teknologi permainan games console? Bagi saya rasanya tidak. Game permainan console tetap ada peminatnya sendiri. Bukan semua orang suka bermain games di smartphone. Saya sendiri lebih menyukai game yang dimainkan di PC atau TV. Ianya lebih puas dan lebih santai. Tahukah anda yang pihak Sony akan melancarkan PlayStation 4 slim berwarna putih iaitu Glacier White di Malaysia pada 19 January 2016 ini. Tiada perubahan dari segi reka bentuk atau spesifikasi. Hanya warna konsol PS4 slim ini sahaja yang berbeza.
Biasalah, masa dikeluarkan PlayStation 4 slim dulu dulu ianya berwarna hitam. Dan setelah beberapa bulan pula, warna putih pula dikeluarkan. Jadi sudah tentu ada nilai “special” pada versi ini. Kepada yang menyukai warna putih boleh menunggu pelancaran jualannya nanti. Harga jualan baru PlayStation 4 slim 500Gb adalah RM1349 dan untuk PlayStation 4 slim versi 1TB pula dijual dengan harga RM1499.
Dapatkan PlayStation 4 Slim Glacier White Di Website Online Shopping
Dulu dulu saya pun pening juga dengan strategi marketing promosi sony ini. Kenapa sudah keluarkan PlayStation biasa perlu ada pula “slim”. Dan selepas itu ada pula “pro”. Kenapa dari awal tidak buat terus “slim” dan “pro” sekaligus dalam satu badan PlayStation tersebut. Itu pandangan saya ketika dulu. Tetapi kini saya faham. Ini semua teknik marketing untuk meningkatkan dan melariskan jualan permainan konsol mereka. Dan teknik marketing terbaru mereka bermain dengan “warna” pula seolah olah ianya limited edition. Tetapi tetap ada juga orang beli PlayStation 4 slim warna putih ini kerana mahukan sesuatu yang special.
Jika anda berminat dengan PlayStation 4 slim White Glacier ini, anda boleh pergi terus membelinya di kedai permainan yang menjual permainan konsol. Jika anda malas untuk ke kedai, anda boleh menunggu membeli secara online sahaja di internet. Dan saya sudah kongsikan dengan anda akan 2 laman web eCommerce merchant yang popular menjual PlayStation di sana. Klik link di bawah ini untuk membeli PlayStation 4 slim anda. Selamat bermain game console.
>>> Beli PlayStation 4 Slim Di Lazada Di Sini – [ Click Here ] <<<
>>> Beli PlayStation 4 Slim Di Amazon Di Sini – [ Click Here ] <<<
The post Beli PlayStation 4 Slim Glacier White Malaysia Online appeared first on eCommerce Malaysia.