Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Website Perbandingan Kurier Pos Yang Murah

Website perbandingan kurier – Dulu dulu kita ingat apabila hendak pos barang sahaja, mesti pakai pos laju. Saya pernah berkerja 10 tahun lepas. Saya pergi dengan bos untuk hantar barang. Apabila sampai, beliau gunakan khidmat kurier bernama Kangaroo. Mereka selalu sebut, “Kangaroo.. Kangaroo.. Kangaroo”. Rupa rupanya ianya sebuah servis pengeposan barang. Baru saya tahu wujudnya syarikat pos yang lain. Dan pengalaman kedua pula apabila saya di minta ambil barang di City-Link Express Penang. Dan saya baru tahu akan kewujudan syarikat selain dari pos laju sebegini.

Dan selepas itu mula kenal dengan skynet, Gdex, DHL, Ta-Q-Bin, dan banyak lagi. Dan kebanyakkan yang menggunakan khidmat servis pos barangan (parcel) ini datangnya dari pemilik perniagaan online. Mereka menjalankan bisnes secara online dan menerima tempahan melalui internet termasuk bayaran. Dan selepas itu barangan akan dipos ke rumah pembeli melalui servis kurier sebegini. Tetapi mesti ada sebab kenapa pemilik bisnes memilih syarikat pengeposan yang berbeza bukan?

Image may be NSFW.
Clik here to view.
website perbandingan kurier pengeposan dan penghantaran barang parcel

website perbandingan kurier pengeposan dan penghantaran barang parcel

EasyParcel Adalah Website Perbandingan Kurier (E-commerce Shipping)

Selalunya kalau hendak mudah, ramai orang lebih selesa memilih pos laju sahaja. Tetapi jika transaksi penghantaran barang anda agak tinggi, saya pasti anda mahukan kos pengeposan barang dapat direndahkan seminima mungkin untuk meningkatkan keuntungan perniagaan anda. Cara mudah yang boleh anda lakukan adalah dengan membuat perbandingan servis pengeposan barang dari syarikat kurier yang berbeza yang berdekatan dengan tempat tinggal anda. Ikuti langkah mudah di bawah ini iaitu;

Cara Membandingkan Kos Servis Penghantaran Syarikat Kurier Malaysia

  • Lawat website eCommerce perbandingan pos di sini – [ Easyparcel Malaysia ]
  • Daftar dahulu
  • Masukan “From” negeri anda dan poskod daerah anda (tempat barangan perlu diambil)
  • Masukan “To” negeri pembeli anda dan poskod daerah pembeli anda (tempat barangan perlu dihantar)
  • Dan masukkan “Enter Weight” iaitu berat barangan anda dalam nilai skala “KG”
  • Dan akhir sekali klik “Quote & Book” untuk melihat kadar cas rate yang dikenakan
  • Pilih syarikat Courier yang anda mahukan dan klik “Book Now” untuk menempah servis tersebut
  • Siap

Mudah cerita, sebenarnya website easyparcel ini adalah sebuah website eCommerce shipping yang mengendalikan “online delivery booking” untuk menempah servis penghantaran barang melalui internet secara terus dengan memberikan anda pilihan hendak menggunakan servis dari syarikat kurier yang mana. Dan selepas membuat tempahan, syarikat kurier akan datang sendiri ke rumah atau pejabat anda untuk mengambil barang anda dan hantarkan kepada alamat pelanggan anda. Mudah dan menarik bukan! Malah anda boleh membuat perbandingan sebelum memilih kurier yang anda inginkan. Mudahkan bisnes anda sekarang dengan mendaftar dengan klik link di bawah ini sekarang juga. Selamat mencuba.


>>> Daftar Website Pembandingan Pos Di Sini – [ Click Here ] <<<

The post Website Perbandingan Kurier Pos Yang Murah appeared first on eCommerce Malaysia.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Trending Articles