Laman web online shopping di Malaysia – Saya gembira melihat perkembangan dunia eCommerce di Malaysia ini. Semakin ramai yang yakin dan berbelanja secara online melalui internet kini. Dan perniagaan atas talian internet di Malaysia semakin meningkat. Dan lebih ramai peniaga mula beralih dan mengambil kesempatan peluang untuk menjalankan bisnes secara online. Atas sebab itu, tidaklah pelik apabila syarikat berasaskan eCommerce yang menyediakan servis membina shopping cart mula menawarkan pelbagai pakej yang sangat menarik. Tujuan untuk memudahkan peniaga untuk memulakan perniagaan secara online.
Saya sendiri sudah berpengalaman membeli belah melalui laman web online shopping Malaysia seperti Lazada Malaysia dan juga EzBuy Malaysia beberapa kali. Dan pengalaman saya membeli barang secara online adalah baik. Dan anda sendiri pun tahu, kerajaan Malaysia sendiri secara jelas menyokong industri website merchant online untuk menggalakkan lagi lebih ramai penyertaan ahli perniagaan untuk membuka bisnes online shopping Malaysia bagi menjayakan hasrat membina pendapatan dalam bentuk ekonomi digital kepada Malaysia.
Laman Web Online Shopping Malaysia
Dan setelah melakukan “windows shopping” sana sini, saya sudah mula tahu dan kenal dengan beberapa laman web online shopping Malaysia yang baik dan patut anda ketahui jika anda mahu mencari dan membeli barang secara online di Malaysia. Saya akan perkenalkan anda dengan beberapa website merchant yang dipercayai dan ramai pengguna online sudahpun membeli dari website tersebut. Anda berminat? Sila lihat senarai web eCommerce merchant Malaysia di bawah ini iaitu;
13 laman web online shopping Malaysia yang terpercaya adalah ;
- Lazada – Laman jual beli online yang menawarkan pelbagai barangan. PALING POPULAR
- Zalora – Laman jual beli online yang lebih kepada fesyen dan juga pakaian
- Reebonz – Laman jual beli online mewah berjenama yang lebih kepada barangan wanita
- Hermiso – Laman jual beli online yang lebih kepada barang keperluan harian isi rumah
- Rakuten – Laman jual beli online terbesar yang berasal dari Japan
- PopLook – Laman jual beli online yang lebih kepada Muslimah Fashion yang moden
- FashionValet – Laman pakaian fesyen wanita yang menghimpun pelbagai jenama dari Asia
- Babydash – Laman jual beli online yang menjual produk dan barangan berkaitan bayi
- BagBag – Laman jual beli online yang menjual bag tangan
- Cameralah – Laman jual beli online yang menfokus kepad kamera
- EasyDeal – Laman jual beli online yang menawarkan kupon, baucer diskaun
- F.O.S – Laman official yang menjual pakaian jenama F.O.S
- Tudung2U – Laman jual beli online yang menjual pelbagai jenis tudung cantik
- EzBuy – Laman jual beli online yang menjual barangan murah dari China dan Taiwan
Sebenarnya ada sangat banyak laman web online shopping di Malaysia ini. Tetapi cukuplah saya perkenalkan anda dengan senarai di atas ini dahulu. Saya pasti anda akan rambang mata untuk memilih barang yang anda mahukan. Saya pelkenalkan banyak website merchant di atas adalah bagi memberikan anda pilihan berdasarkan jenis kategori barangan yang anda mahukan supaya anda mudah memilih website online shopping Malaysia yang anda mahukan. Selamat ber online shopping.
The post Senarai Laman Web Online Shopping Malaysia appeared first on eCommerce Malaysia.