Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

eCommerce Payment Gateway Di Malaysia

$
0
0

Sejak akhir akhir ini saya agak kerap berbelanja secara online. Beli belah di Lazada, EzBuy, eBay, AliExpress, beli topup simkad dan sebagainya. Jadi saya berpengalaman bertemu dengan beberapa eCommerce Payment Gateway yang ada di Malaysia ini. Dan secara jujurnya, payment gateway tersebut memang memudahkan urusan pembayaran online. Sebab itu anda lihat Google bersungguh sungguh mahu perkenalkan online payment mereka iaitu Google Pay termasuk Samsung Pay dan juga Alipay. Saya pasti anda perasan berkenaan ini betul?

Anda mungkin kurang jelas, mari saya ringkaskan lagi supaya anda nampak dan faham tentang eCommerce payment gateway. Anda pernah beli barang melalui internet betul? Dan saya pasti anda berpengalaman menggunakan PAYPAL betul? Itulah dia payment gateway. Ianya sebuah program yang menjadi perantara antara anda dengan akaun bank anda. Anda tidak perlu online transfer. Dengan payment gateway sebegini, urusan bayaran dan pembelian menjadi lebih mudah dan semakin laju. Setuju.

Sistem pembayaran online dari eCommerce payment gateway Billplz

Sistem pembayaran online dari eCommerce payment gateway Billplz

Senarai eCommerce Payment Gateway Malaysia

Tetapi di Malaysia hanya yang biasa beli belah online luar negara sahaja biasa menggunakan paypal ini. Jadi ada banyak syarikat dari Malaysia yang ingin juga menjadi seperti paypal. Maka, lahirlah beberapa eCommerce payment gateway buatan anak syarikat tempatan Malaysia. Anda pernah dengar iPay88, MolPay atau SenangPay? Itulah dia eCommerce payment gateway. Kalau anda menjalankan perniagaan online, memang patut anda memasang plugin payment gateway sebegini. Bagi saya ianya penting.

Saya juga telah mempunyai eCommerce Easystore iaitu kedai online shopping cart. Dan ianya menawarkan sistem plugin pembayaran online percuma dari iPay88. Saya terus menggunakannya. Di bawah ini saya kongsikan dengan anda akan beberapa eCommerce payment gateway dari Malaysia yang boleh anda cuba iaitu;

Sistem Online eCommerce Payment Gateway Yang Murah

  • BillPlz – sistem payment gateway terbaru dan murah cas yang dikenakan
  • iPay88 – sistem payment gateway popular di Malaysia
  • MolPay – sistem payment gateway popular di Malaysia
  • SenangPay – sistem payment gateway terbaru
  • OnPay – Mempunyai fungsi web jualan yang di sertakan sekali
  • Aztetic – Mempunyai fungsi web jualan yang di sertakan sekali

Kalau anda jalankan bisnes perniagaan online anda melalui Whatsapp, Telegram dan juga Instagram, menggunakan link pembayaran online dari eCommerce payment gateway di atas ini adalah paling saya galakkan. Pembeli akan tanya, bagaimana untuk beli dan buat bayaran, anda berikan sahaja link pembayaran payment gateway yang anda daftar. Pembeli klik dan buat bayaran terus secara online. Mudah bukan? Kalau berminat anda boleh daftar sekarang juga. Selamat mencuba.

The post eCommerce Payment Gateway Di Malaysia appeared first on eCommerce Malaysia.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Trending Articles