Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Beli Barang Dari Website eCommerce EzBuy

$
0
0

Pada hari bulan 11 Nov 2016 saya telah membeli seluar jeans lagi dari China secara online melalui EzBuy. Kepada yang masih ragu ragu lagi tentang EzBuy Malaysia boleh baca pengalaman dan perkongsian saya ini untuk dijadikan panduan buat anda. Kepada yang hendak belajar cara bagaimana membeli di EzBuy, boleh baca perkongsian saya ini di sini – [ Review EzBuy Malaysia ]. Kenapa saya membeli di EzBuy? Kerana murah?

Saya pernah membincangkan hal ini. Kalau anda hendak beli barang murah dari China. Ada 3 website yang popular yang perlu anda tahu iaitu Alibaba, AliExpress dan juga Taobao. Antara ketiga tiga website eCommerce online shopping popular China ini, hanya Taobao yang paling memberikan harga termurah. Dan bila bercakap tentang Taobao, anda tidak boleh lari dan kaitkan dengan TMall. Taobao dan TMall adalah 2 website merchant yang popular menawarkan barangan dari China dengan harga borong murah.

Barang parcel dari EzBuy sudah sampai

Barang parcel dari EzBuy sudah sampai

Pengalaman membeli di Website eCommerce EzBuy

Sudah tentu kalau diberikan pilihan, anda pasti mahu membeli di Taobao dan TMall sahaja betul? Kenapa perlu membeli di website lain yang sedikit lebih mahal. TETAPI untuk pengetahuan anda, website Taobao dan TMall hanya dipaparkan dalam bahasa cina sahaja. Kalau anda pandai membaca tulisan cina tidak mengapa. Kalau tidak? Sudah tentu sukar untuk anda membeli di website tersebut. Atas sebab masalah inilah kita mempunyai alternatif yang lain iaitu anda beli barang dari China melalui website agen Taobao Malaysia sahaja.

EzBuy adalah sebuah website agen Taobao. Mereka upload gambar dari website Taobao dan masukkan ke website mereka. Tulisan dalam bahasa english dan harga sudah siap dalam ringgit Malaysia. Dengan kata lain, kalau anda membeli di EzBuy, sebenarnya anda membeli di Taobao juga. Jadi ianya memudahkan kerja anda. Menarik bukan?

Seluar jeans murah dari Taobao TMall berjaya saya beli

Seluar jeans murah dari Taobao TMall berjaya saya beli

Jangka masa untuk mendapat barang yang dibeli dari China memang biasa dalam 2 minggu ke 1 bulan. Dan saya semalam telah mendapat pesanan mesej ringkas sms yang menyatakan barang yang saya beli dari China sudah sampai dan meminta saya mengambilnya dilokasi alamat yang diberikan. Saya pun pergi, berikan nama “username” dan tandatangan. Dan kemudian bawa balik rumah barang tersebut. Saya berpuas hati dengan seluar jeans yang saya beli. Elok dan berkualiti. Selepas ini memang saya akan beli lagi. Terbaik


>>> Mari Beli Di EzBuy Sekarang Di Sini – [ Click Here ] <<<

The post Beli Barang Dari Website eCommerce EzBuy appeared first on eCommerce Malaysia.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Trending Articles