Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Peluang Income Bersama eCommerce Uber Malaysia

$
0
0

eCommerce Uber Di Malaysia – Ramai yang tidak tahu dan bertanya. Sebenarnya UBER ini apa? Anda mungkin tidak faham langsung tentang uber ini bukan. Tetapi anda dengar dan lihat sana sini tentang “uber”. Ringkasan yang boleh saya berikan kepada anda adalah, Uber ini adalah sebuah syarikat teksi atau kereta sewa. Kita sebut “teksi” adalah lebih mudah. Dengan kata lain, ianya adalah sebuah syarikat baru yang menggunakan teknologi smartphone untuk mengambil penumpang dan menerima bayaran dari penumpang dan ianya menjadi syarikat yang bersaing dengan syarikat teksi biasa yang konvensional. Anda faham? Jelas?

Kalau teksi biasa, anda perlu tunggu tepi jalan, kena tunggu teksi lalu, dan kena lambai tangan jika ternampak teksi, barulah teksi datang kepada anda. Kalau uber, anda hanya perlu gunakan smartphone anda sahaja melalui aplikasi Uber, dan pemandu uber akan datang kepada anda di mana anda berada untuk mengambil anda walaupun dari rumah dengan berpandukan gps sahaja. Kalau saya tanya anda sebagai penumpang, anda mahu servis yang mana? Teksi biasa atau Uber?

eCommerce Uber Teksi Malaysia

eCommerce Uber Teksi Malaysia

Buat Duit Jana Pendapatan Dengan eCommerce Uber Malaysia

Dari perkongsian saya di atas ini, rasanya anda akan nampak perubahan ketara dalam industri teksi di Malaysia. Lebih ramai orang gunakan UBer dan Grabcar berbanding teksi Malaysia selepas ini JIKALAU syarikat teksi Malaysia tidak berubah mengikut arus perkembangan teknologi semasa. Masih menggunakan kereta lama, bau rokok, ambil penumpang yang mereka mahu sahaja, bayaran cas yang tidak pakai meter dan sebagainya hanya membuatkan Uber lebih menjadi pilihan.

Dengan kata lain, jika anda mahu menjana pendapatan income bersama uber, inilah masanya. Permintaan tinggi dari hari ke hari oleh penumpang uber membuatkan kerjaya menjadi pemandu uber akan menjadi kerjaya yang selamat, berpendapatan tinggi dan dipandang tinggi oleh masyarakat. Sebab itu tidak hairan kalau ramai “orang muda” yang memohon untuk kerja menjadi pemandu uber. Ini fakta.

2 Jenis Pendapatan Dari Uber Yang Ada

Ada 2 cara untuk menjana income dengan uber. Yang pertama adalah dengan menjadi pemandu uber dan jana pendapatan dengan mengambil penumpang seperti teksi. Yang kedua jana pendapatan melalui eCommerce Uber. Ini adalah untuk orang yang tahu tentang komputer dan internet dan tidak mahu menjadi pemandu uber. Dengan kata lain ada 2 cara untuk buat duit. Terpulang kepada anda mengikut kemahiran dan kesesuaian anda. Selamat mendaftar sekarang.

The post Peluang Income Bersama eCommerce Uber Malaysia appeared first on eCommerce Malaysia.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Trending Articles