Google Keyword Planner Tool – Berita terbaru dari pihak google dan mungkin ada diantara korang yang dah tahu iaitu google akan menamatkan servis Google Adwords Keyword Tool tidak lama lagi. Aku sendiri jarang sebenarnya menggunakan google keyword tool ini untuk membuat research tentang keyword. Kepada pengguna tegar yang selalu mengkaji keyword dan inginkan keyword yang berkualiti dan mahal terutamanya pengguna google adsense pasti akan terasa kehilangannya. Ada atau tidak pengguna tegar google keyword tool ini disini?
Aku tidak pasti alasan kenapa google ingin menamatkan servis mereka ini dan diganti dengan Google Keyword Planner. Dan apabila membaca mengenai Google Keyword Planner ini dapatlah aku rumuskan yang Google Keyword Planner ini bertujuan lebih kearah untuk digunakan oleh para Advertiser” sedangkan seperti yang kita ketahui Google Keyword Tool pula lebih kearah para “Publisher”. Atau adakah Keyword Planner ini boleh digunakan oleh kedua dua pihak samada Advertiser mahupun Publiher itu tidak pasti. Tetapi apa yang dinyatakan memang ianya untuk kegunaan Advertiser.

Google Keyword Planner
Google Keyword Planner Tool Hanya Untuk Advertiser
Kepada para advertiser memang sangat sangat gembira apabila menggunakan servis terbaru dari google ini. Manakan tidak, mereka pastinya dapat menggunakan servis Google Adwords dengan lebih berkesan dan membelanjakan wang mereka terhadap keyword dengan lebih tepat dan terperinci berbanding sebelum ini. Sebagai Publiher aku tidak boleh menafikan yang ianya seronok menggunakan google keyword tool. Ini kerana aku dapat melihat senarai nilai harga “Cost Per Click” CPC bagi sesebuah keyword. So aku faham perasaan bagi pengguna tegar tool ini. Apa apa pun kita lihat nanti berita dari google berkenaan isu ini.
Google Keyword Planner Notification at Google Adwords Dashboard
Keyword Tool will no longer be available in the next few months. To get keyword ideas, try the new Keyword Planner, which makes keyword research even easier. – Google
Aku tidak mahu bercerita panjang, aku pun kurang jelas akan isu ini. Ini disebabkan dari berita yang aku baca Google akan melancarkan Google Keyword Planner ini pada 20 July 2013 ini iaitu dua hari akan datang. Aku tidak pasti akan kesahihan berita ini tetapi inilah maklumat yang disampaikan disana sini. Mungkin kita akan melihat dan mendapat tahu info yang lebih lanjut untuk kedua dua para pengguna iaitu Advertiser dan juga Publisher. Korang sedih tak bila keyword tool nak ditamatkan dan digantikan dengan yang lain. Ke korang tidak kisah dan malah suka sebab korang adalah penguna adwords tegar dan ingin mempromosikan produk korang. Apa apa pun jom kita nantikan berita terbaru berkenaan Google Keyword Planner ini didalam beberapa hari lagi.
Video Google Keyword Planner Google Adwords Research Tool
.