Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Pengalaman Bersahur dan Juadah Berbuka Puasa

$
0
0

Juadah Berbuka Puasa - Ni kali pertama kali aku membuat entry berkenaan tentang sahur dan juga juadah berbuka puasa sejak sudah berpuasa masuk ke hari ke-14. Alhamdulillah setakat ini, bulan puasa ini berjalan dengan baik dan dapat menunaikan puasa tanpa ada apa apa masalah kecuali sedikit masalah kecil yang tidak mengganggu perjalanan bulan puasa ini. Korang puasa tak! Jangan dah besar panjang pun ada masalah nak berpuasa. Tak baik tuh.

Sejak aku berpuasa selama 14 hari ni. Aku ada masalah kecil untuk bersahur iaitu 4 hari berturut turut yang terbaru ini. Hari pertama pertama kali tu (bukan hari pertama puasa, tetapi pertama kali terjadi masalah), aku terbangun dengan sangat sangat lewat. Hingga kan aku tidak sempat nak membeli nasi untuk sahur. Al hasilnya aku cepat cepat ke McDonald untuk membeli sebiji burger Mc Chicken untuk menggalas perut untuk membeli makanan segera agar segera disediakan dan segera aku mengisi perut. Masa sangat sangat singkat. Lega.

Juadah Berbuka Puasa Penang 2013

Juadah Berbuka Puasa Penang 2013

Kejadian ini berlaku berturut turut selama 4 hari. Kali kedua aku tidak bangun sahur dan terlepas sahur. Kali ketiga pula aku berjaya bangun sahur tetapi tetiba rasa tekak seperti rasa ingin batuk, selepas batuk terus jer termuntah makanan yang dimakan diwaktu sahur. Dan kali keempat iaitu hari ini ketika artikel ini ditulis, aku terlepas lagi bangun sahur. Pelik, sepanjang berpuasa ni, inilah kali pertama kali empat kali berturut turut ada masalah. Bila dicheck kembali, aku dapati alarm loceng yang aku setting dimatikan. Pelik, aku set 3 alarm. Bila masa pula aku matikan alarm yang aku set untuk berbunyi setiap hari dimatikan ketiga tiganya sekali. Ermm

Dan itulah pengalaman bersahur aku untuk 4 hari yang terbaru ini. Aku harap esok iaitu hari yang kelima selepas 4 kejadian berturut turut ini baik baik sahaja. Bukan apa, kalau terlepas sahur yang menjadi amalan sunat ni, prestasi kerja kita diwaktu siang sedikit tergugat. Tetapi alhamdulillah walaupun begitu, aku tetap berjaya berpuasa. Tiada masalah. Hingga kini aku terfikir, siapa yang mematikan alarm jom loceng aku? Kalau korang nak tahu, alarm yang aku setting adalah dari jenis yang akan berbunyi setiap hari setiap bulan. Tidak pernah aku setting hanya untuk satu hari? Pelik. Lagi pula 10 hari terawal tu boleh pula bunyi dengan baik. Tetapi 4 hari terbaru ni tidak berbunyi malah ketiga tiga alarm dimatikan. Ermmm. Fikir positif. Apa apa pun apa juadah berpuasa korang? Selamat berpuasa…


Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Trending Articles