Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Komisen Affiliate dari Kitab Teknik SEO Merah Jambu

$
0
0

Kitab Teknik SEO Merah Jambu – Maaf sejak akhir akhir ini aku kurang menulis di blog utama ini oleh kerana sibuk dengan kerja dan juga “terpaksa” menguruskan dua blog yang lain. Untuk pengetahuan korang, aku mempunyai 3 blog yang aku jaga. Satu blog adalah blog ini, blog kedua adalah blog http://english.wanwidget.com/ dan blog yang ketiga yang sering mendapat perhatian aku adalah blog http://myrujukan.com/. Apa apa pun kalau tiada entry di blog ini, korang boleh lawat entry baru aku di blog “http://myrujukan.com/” ini. Aku ada disana. Hehe.

Kenapa aku ada tiga blog atau boleh dikatakan dua blog yang aku pisahkan dari blog ini. Ini kerana sejak mula menulis blog, aku mula dapati yang aku perlu fokus kepada satu satu topik. Maksud aku aku perlu fokus kepada satu satu konsep sahaja supaya ianya lebih terarah dan lebih tersusun. Niat utama aku adalah menjadikan blog “wanwidget” ini sebagai blog “personal” yang lebih kepada luahan dari apa apa yang ingin aku sampaikan. Blog ini merupakan jurnal terhadap segala pendapat dan juga pandangan aku yang ingin aku kongsikan bersama kawan kawan selain dari apa yang aku buat seharian.

Komisen Affiliate dari Kitab Teknik SEO Merah Jambu

Komisen Affiliate dari Kitab Teknik SEO Merah Jambu

Komisen Affiliate dari Kitab Teknik SEO Merah Jambu

TETAPI apabila sampai kepada “buat duit online”, aku mula berfikir yang aku sepatutnya atau lebih baik tidak mencampurkan entry yang bersifat “affiliate” didalam satu blog. Perkara utama adalah, entry yang bersifat “buat duit online” ini akan susah dipantau jika aku meletakkannya didalam sebuah blog. Adalah lebih baik aku membina sebuah blog lain yang menjurus kepada target dan fokus yang lain iaitu menghasilkan pendapatan dari blog dan maka dengan itu terhasillah blog “MyRujukan”. Dan dengan itu fokus penulisan aku pun akan lebih tersusun dan memudahkan aku untuk memantau setiap entry.

Alhamdulillah, terima kasih kepada Titan. Aku telah pun menjana komisen affiliate yang pertama dari ebook beliau yang bertajuk Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang aku buat diblog “MyRujukan”. Dan apabila menerima email menyatakan aku menerima komisen maka aku tahulah ianya datang dari blog MyRujukan aku tuh. Senang kan. Ada tak kawan kawan yang telah dapat hasil dari affiliate ebook titan. Apa apa pun aku ingin mengucapkan selamat berpuasa dan selamat membaca. Assalamualaikum…


Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Trending Articles