Konvensyen Usahawan Muslim 2013 – Ya, aku dapat berita terbaru yang agak lambat iaitu selepas raya ini akan diadakan satu “Konvensyen Usahawan Muslim” yang bakal mengumpulkan hampir 6 panel speaker yang bertempat di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam (JAWI) pada pukul 9 pagi sehingga 6 petang pada 7hb September 2013 nanti. Tajuk yang bakal di bincangkan nanti adalah Bisnes Sebagai Fardu Kifayah. Dan diatas ini adalah poin poin penting kepada yang ingin terlibat didalam majlis konvensyen ini nanti.
Harga tiket bagi kemasukkan adalah berdasarkan gambar dibawah. Lagi ramai yang turut serta lagi murah dan jimat kos penyertaan. Jadi kalau boleh datang dengan berdua dan lebih adalah lebih baik. Konvensyen sebegini memang sangat sangat baik dianjurkan lagi lagi ianya menempatkan barisan panel speaker yang telah berjaya didalam bidang mereka masing masing. Tiada ruginya mendapat ilmu dari mereka yang berjaya malah itu lebih baik.

Konvensyen Usahawan Muslim 2013 – Image credit to http://www.konvensyenusahawanmuslim.com/
Konvensyen Usahawan Muslim 2013
Sebenarnya tiada cara lain untuk berjaya seperti usahawan lain yang berjaya iaitu dengan cara mengikuti terus apakah dan bagaimanakah mereka (para usahawan) menjadi seorang yang berjaya kini. Itulah resepinya. Dengan mengambil ilmu dan juga menerima kisah pengalaman orang berjaya akan mendorong kita membuat sesuatu dengan lebih tersusun dan tertib. Malah kita akan mendapat input yang sebelum ini kita tidak pernah terfikir untuk melakukannya. Dengan kata lain, pengalaman adalah sesuatu yang berharga dan untuk mendapat pengalaman itu haruslah belajar dan menempuhi sendiri liku liku itu. Dari situ kita belajar dengan realiti dan bukannya fantasi semata mata.
Realiti dan Fantasi di Dalam Konvensyen Usahawan Muslim
Aku berharap yang Konvensyen Usahawan Muslim 2013 ini akan dapat menyampaikan sesuatu yang realiti kepada para yang hadir ke sana. Orang ingin mendengar sesuatu yang realiti dan merasainya. Dengan itu mereka akan belajar sesuatu dari itu. Orang tidak mahu mendengar sesuatu yang fantasi yang diisi semata mata dengan teori sana sini. Nah, duduk dengar, bertanyakan soalan, beramah mesra dan saling bertukar pendapat dengan seseorang yang telah “berjaya” akan membangkitkan perasaan ingin mengetahui rahsia disebalik kejayaan dan seterusnya membangkit perasaan percaya diri yang “aku pun boleh berjaya” seperti orang lain. Itu yang kita mahukan.
Antara Konvensyen Usahawan Muslim Dan Fardu Kifayah
Tahu tak yang jual beli ini termasuk didalam Fardu Kifayah. Dengan kata lain kita memerlukan adanya seseorang muslim yang boleh berniaga dan membekalkan keperluan muslim yang lain. Tidak perlu ramai, cukup sahaja jika ada yang boleh dan mampu. Tetapi didalam konteks negara Malaysia, sebenarnya Fardu Kifayah ini perlu diperluaskan. Kita muslim masih lagi kurang berupaya didalam beberapa bidang yang seharusnya dikuasai untuk keperluan harian umat Islam seperti bahan bahan makanan. Tidak mengapa jika telekomunikasi dikuasai oleh non muslim (aku tidak katakan tidak perlu) tetapi keperluan yang wajib dan mendesak seperti makanan seharusnya dikuasai oleh Muslim dan juga keperluan keperluan yang lain lain. Dengan itu apa apa unsur halal dan haram dapat kita kawal dengan mudah. Benda halal bagi muslim juga mampu digunakan oleh non muslim yang lain. Bukankah itu lebih cantik..
Kepada yang ingin menyertai Konvensyen Usahawan Muslim 2013 ini boleh berbuat demikian dengan mendaftar melalui link dibawah ini:
a) >>>Daftar Penyertaan Konvensyen Usahawan Muslim di Sini<<<
Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI) ![]() Jalan Perdana 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 03-2274 9333 jawi.gov.my |
Selamat menghadiri majlis konvensyen usahawan muslim kepada yang mendaftar. Diharap kalian semua dapat berkongsikan tips dan pengalaman anda selama anda menimba ilmu di konvensyen itu nanti. Dan sekalung tahniah kepada MentorNiaga dan WangCyber dengan kerjasama PEYATIMAS diatas majlis yang sangat sangat baik ini. Terima kasih sekali lagi….