Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Review EzBuy – Agen Taobao Untuk Pembeli Dari Malaysia

$
0
0

Hello readers. Pernah dengar website eCommerce terbaru yang masuk ke pasaran online Malaysia? Mereka adalah EzBuy.my. Sebenarnya ini adalah salah satu berita gembira untuk kita. Saya rasa anda sudah pernah dengar nama website terbesar dari China seperti Alibaba, AliExpress dan juga Taobao bukan? Dan saya pasti anda sudahpun mendengar ramai orang Malaysia suka beli belah di China melalui internet. Malah saya sendiri pun pernah beli di Aliexpress dan berjaya mendapat barang yang di kirim dari China ke Malaysia dengan selamat dan berjaya.

Tetapi apabila kita bercakap tentang beli barang dari China, kita selalunya mahu mendapatkan barang dengan harga murah. Tidak kira samada anda peniaga atau pembeli, anda pasti mahukan barang yang murah iaitu lebih murah dari apa yang dijual di Malaysia. Dan website China yang popular yang membenarkan anda membeli barang dalam kuantiti kecil dan juga murah adalah website Taobao. Masalah berkenaan Taobao pula adalah bukan semua orang tahu atau faham tulisan cina kerana laman web Taobao dalam bahasa cina. Sebab itu kita ada EzBuy untuk anda.

Membeli barang di EzBuy Malaysia

Membeli barang di EzBuy Malaysiav

Pengalaman Sendiri Mencuba Membeli Di eCommerce EzBuy

EzBuy adalah website AGEN TAOBAO yang memaparkan banyak barang dari website taobao ke dalam website EzBuy. Oleh itu, kini sudah tiada lagi masalah bahasa kerana ianya dalam bahasa English. Semua orang Malaysia boleh beli. Dan di website EzBuy juga telah siap dipaparkan sekali harga jualan produk dalam Ringgit Malaysia (RM). Jadi orang Malaysia boleh membeli dengan mudah dan senang. Tidakkah ini bagus? Menarik bukan?

Saya sendiri telah mencuba membuat pembelian barang di EzBuy. Ada beberapa perkara yang ingin saya kongsikan supaya anda tahu dan memudahkan proses pembelian barang yang anda mahukan. Prosesnya sangat mudah, cuma anda perlu ketahui beberapa perkara berdasarkan pengalaman saya.

EzBuy Dengan Keistimewaan Prime Untuk Kos Shipping Murah

  • Sila daftar dahulu di sini – [ Register Here ] – Selepas register anda akan mendapat voucher percuma RM15.
  • Sila terus update maklumat address alamat rumah anda. Untuk mudah membeli dan terus hantar barang
  • Kaedah pembelian di EzBuy memerlukan anda topup dahulu akaun EzBuy anda. Pergi ke “My Account” dan lihat di bahagian prepay balance. Anda klik “Top Up” dan pilih pilihan hendak topup akaun bagaimana. Saya memilih cara internet banking. Selepas topup baru boleh beli barang dan check out dan bayar. INI PENTING!!!
Beli barang online dengan kos shipping murah di EzBuy

Beli barang online dengan kos shipping murah di EzBuy

  • Sila langgan Prime iaitu berharga Rm18.80 sebulan. Selepas berjaya langgan Prime, kos shipping anda berapa banyak pun yang anda beli dalam sebulan hanya dikira RM8.80 untuk setiap kali pembelian barang. Kalau hendak murah kos shipping, langgan Prime dan kemudian check out barang terus sekali banyak jika ada barang lain yang anda hendak beli sekali. Jangan beli dan bayar asing asing. Selepas register di atas, sila masukkan info EzBuy ID anda di sini [ https://goo.gl/7eXgQs ]
  • Kos shipping barang dalam Malaysia di timur Malaysia adalah RM12
  • Kos shipping barang di barat Malaysia adalah RM8
  • Hendak murah lagi shipping fee, gunakan kod ini – [ ezfriend15 ] untuk penjimatang kos shipping sebanyak 15%

Saya sudah membeli di EzBuy. Dari review jujur saya, apakah kelebihan yang ada pada EzBuy ini? Ada 2 benda penting yang anda perlu tahu dan ianya menjadi sebab kenapa anda perlu membeli di EzBuy. Sebab pertama adalah kerana tawaran harga barang yang murah. Dan sebab kedua pula adakah kelebihan kos shipping yang murah. Anda beli seberapa banyak barang pun anda hanya perlu bayar kos shipping antarabangsa sebanyak RM8.80 SAHAJA. Menarik? Jom daftar dan beli belah sekarang.


>>> Daftar EzBuy Sekarang Di Sini – [ Click Here ] <<<

The post Review EzBuy – Agen Taobao Untuk Pembeli Dari Malaysia appeared first on eCommerce Malaysia.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Trending Articles