Anda mahu membeli belah di China melalui internet? Jika YA, saya mahu kongsikan dengan anda akan beberapa laman website eCommerce China yang sesuai buat anda. Yang penting terpercaya dan popular dikalangan pembeli beli belah online. Kenapa perlu membeli di China? Jawapannya adalah sebenarnya banyak barang dari Malaysia sebanyak 70% memang datangnya dari China. Cuma ramai yang tidak tahu dan sedar mengenainya. Jadi kalau anda mahu membeli dengan lebih murah, anda sebenarnya boleh membeli secara terus melalui internet.
Saya bagi contoh mudah kepada anda. Anda pergi shopping complex mall mana mana. Anda kaji setiap kedai. Ada yang menjual beg tangan, kasut, pakaian, aksesori, barangan elektrik, barangan dapur rumah dan sebanyainya yang “tidak berjenama”. Anda rasa rasa barang tersebut semuanya dari mana? Sudah tentu majoritinya datang dari China. Peniaga mengimport barang samada melalui kontena atau secara online sahaja. Dan kemudian mereka menjual kembali kepada anda melalui kedai mereka.
Berapakah keuntungan peniaga yang mengambil/import barang terus dari China. Tidak usah saya cerita banyak. Yang penting peniaga tersebut memang dapat untung banyak. Kita tidak tahu sebab kita bukan peniaga. Dan banyak juga barangan yang “berjenama” tetapi dibuat dan dikilangkan dari negara China. Tidakkah anda mahu terus membeli sahaja secara terus dari China tanpa perlu ke China. Semua itu boleh anda beli dan dapatkan dengan mudah melalui internet. Di bawah ini saya kongsikan beberapa web eCommerce China yang perlu anda tahu.
Senarai 8 Laman Web eCommerce China
- AliBaba – http://www.alibaba.com
- AliExpress – http://www.aliexpress.com – Baca pengalaman saya di sini – [ Membeli di AliExpress ]
- DHGate – http://www.dhgate.com
- TaoBao – http://www.taobao.com – Untuk kes TaoBao, baca artikel ini dahulu – [ Order Barang Taobao ]
- DealExtreme – http://www.dx.com
- EverBuying – http://www.everbuying.net
- ChinaBuye – http://www.chinabuye.com
- DinoDirect – http://www.dinodirect.com
Anda boleh lawat mana mana website eCommerce China yang saya cadangkan di atas ini. Anda lawat satu persatu dan buat perbandingan harga. Dalam masa anda membuat perbandingan harga, sila buat semakan harga yang dijual di Malaysia. Kalau jauh lebih murah anda boleh beli dan kalau harga sama atau lebih mahal, baik elakkan dan beli sahaja di Malaysia. Dan saya sendiri sudah beberapa kali membeli barang dari China secara online iaitu melalui laman eCommerce China AliExpress. Memang terbaik. Selamat mencuba.
The post Senarai Website Online Shopping eCommerce China appeared first on eCommerce Malaysia.