Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Beli Xiaomi Redmi 3S Malaysia Secara Online

$
0
0

Jujur cakap saya sebelum ini kurang yakin dengan smartphone dari China. Tetapi saya tahu ada di antara smartphone buatan China yang ber-Gred A iaitu berkualiti. Dan jenama tersebut adalah Huawei, Oppo dan juga Xiaomi. Dan hari ini adalah pelancaran smartphone dari jenama Xiaomi Redmi 3S dengan harga RM599 untuk 2GB Ram dan 16GB storage dan RM699 untuk spesifikasi 3GB Ram dan juga 32GB storage. Bagaimana dengan harganya? Murah bukan? Tetapi apakah harga yang murah ini menunjukkan smartphone ini kurang berkuasa dan berkualiti rendah?

Kalau dengan harga RM599 untuk jenama smartphone lain, anda boleh katakan spesifikasinya agak kurang, tidak menarik dan kurang berkualiti. TETAPI untuk smartphone buatan Xiaomi pandangan “murah” anda itu adalah salah. Pengeluar Xiaomi adalah salah satu smartphone yang mampu memberikan spesifikasi yang agak tinggi, terkini, berkualiti dan dalam masa yang sama harga jauh lebih murah. Saya sendiri adalah pengguna Xiaomi Redmi Note 3 Pro yang saya beli dengan harga RM850 beberapa bulan yang lepas.

Gambar sebenar Xiaomi Redmi 3S

Gambar sebenar Xiaomi Redmi 3S

Review Ringkas Xiaomi Redmi 3S

Pengalaman menggunakan produk Xiaomi memberikan tanggapan baru kepada saya. Anda mahu smartphone berkuasa tinggi, berkualiti dan dalam masa yang sama berharga murah, kenapa tidak anda dapatkan Xiaomi Redmi 3S. Semuanya ada. Dengan skrin 5 inci HD, pemproses CPU Snapdragon 430 dengan GPU Adreno 505, sokongan 4G LTE, 13MP kamera belakang, ada pengimbas cap jari dan kapasiti bateri sebanyak 4100mAH. Dengan spesifikasi sebegini, ianya sebenarnya sudah jauh lebih dari mencukupi. Percayalah kata saya.

Sebagai pemilik Xiaomi Redmi Note 3 Pro, saya merasakan perbezaan antara smartphone Xiaomi yang saya miliki sekarang dengan Xiaomi Redmi 3S yang terkini ini hanya berbeza sedikit sahaja iaitu dari segi saiz skrin dan juga jenis processor. Dan pengalaman saya mengatakan saya sangat berpuas hati dengan smartphone Xiaomi ini. Yang paling saya suka adalah ianya lancar dan dalam masa yang sama bateri tahan lama. Itu yang penting. Kalau anda tanya saya patutkah anda beli Xiaomi Redmi 3S ini? Saya katakan YA!. Mari beli smartphone Xiaomi Redmi 3S secara online. Bye.


>>> Beli Xiaomi Redmi 3S Secara Online Di Lazada – [ Click Here ]<<<

The post Beli Xiaomi Redmi 3S Malaysia Secara Online appeared first on eCommerce Malaysia.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Trending Articles