Pada minggu lepas saya berpeluang menggunakan dan menguji pakai alat yang di namakan sebagai VR Box iaitu virtual reality headset gear. Sudah lama sebenarnya saya membaca artikel berkenaan produk realiti-maya 3D ini. Dan pada tahun ini ianya cukup popular. Dan kebetulan saya berpeluang mencubanya sendiri minggu lalu. Sebenarnya apakah alat ini dan apakah fungsinya? Alat virtual reality headset ini sebenarnya terdiri dari 2 kanta di dalamnya. ITU SAHAJA!!! Dan kanta ini digunakan untuk menonton video pada skrin smartphone anda dan membentuk imej 3D/4D pada pandangan mata anda. Anda jelas? Faham?
Video yang anda mainkan di skrin smartphone anda adalah video khas yang dibina untuk alat VR Box anda itu. Dengan bantuan alat virtual reality headset tersebut, video yang anda lihat biasa biasa di skrin akan ditukar menjadi paparan 3D/4D pada pandangan mata anda. Ianya seperti anda menonton filem 3D di pawagam. Cumanya ianya terlebih menarik lagi anda boleh merasai 3D dalam dunia sebenar. Maksudnya anda boleh melihat kiri, kanan, atas, bawah, depan malah belakang pun anda boleh lihat. Jangan tidak percaya. Saya boleh melihat keadaan persekitaran saya 360 darjah tanpa masalah. Seronok.
Beli Virtual Reality Headset Gear (VR) Malaysia
Anda tentu teruja dengan apa yang saya ceritakan bukan? Video video virtual reality boleh anda ambil dan download di Google Play. Tetapi semuanya video yang ringkas dan biasa sahaja. Anda kenalah beli dan dapatkan video yang lebih berkualiti untuk menikmati pengalaman 3D yang sebenar dan 100% awesome. Saya rasa anda faham dengan apa yang saya sampaikan bukan? Macam kita tonton filem 3D, lagi kualiti video tersebut lagi real-lah 3D yang kita tonton pada pandangan mata kita.
Dari dulu lagi saya ingat yang set virtual reality headset ini mahal. Sebab memang pernah nampak syarikat smartphone menjualnya dengan harga mahal kerana faktor ORIGINAL. Tetapi seperti yang saya ceritakan tadi, set VR Box ini di dalamnya hanya terdapat 2 kanta sahaja yang boleh di adjust kiri kanan dan depan belakang untuk ketajaman imej. Jadi anda sebenarnya boleh mendapatkan dan beli virtual reality headset ini dengan murah sebenarnya. Untuk mendapatkan set realiti maya murah ini, anda boleh beli secara online melalui link di bawah ini. Bye.
>>> Dapatkan Set VR Box Murah Di Sini – [ Click Here ] <<<
The post Beli Virtual Reality Headset Gear (VR) Set Murah appeared first on eCommerce Malaysia.