Rasanya sudah ramai kenal dan pernah dengar tentang website eCommerce seperti Lazada bukan? Adakah anda salah seorang yang pernah membeli belah dalam talian internet di Lazada. Saya pasti ianya adalah satu pengalaman yang baik bukan? Walaupun ada orang yang melalui pengalaman yang kurang baik, saya pasti pihak Lazada akan terus menerus menambah baik akan servis perkhidmatan mereka. Dan saya sendiri salah seorang pengguna internet yang pernah beberapa kalai membeli di Lazada. Dan sehingga setakat ini, semuanya adalah baik baik sahaja.
Kenapa perlu membeli di Lazada? Sebenarnya bukan website Lazada sahaja. Ada banyak lagi website eCommerce Malaysia yang perlu anda tahu jika anda berminat membeli produk barangan di internet. Salah satu sebab kenapa orang suka membeli secara online adalah kerana faktor penawaran harga yang lebih murah. Ianya bukanlah hal yang pelik. Para peniaga tidak berhadapan dengan kos menyewa kedai, mengupah pekerja dan sebagainya. Website inilah tempat mereka berniaga secara maya.
Bagaimana Cara Membeli Di Lazada
Oleh kerana kos operasi yang sangat rendah inilah membolehkan peniaga online menawarkan harga yang lebih murah setuju? Adakah anda belum pernah atau tidak berpengalaman membeli di Lazada atau di website mana mana yang lain? Ia sebenarnya sangat mudah. Cuma yang anda perlukan adalah anda perlu mempunyai akaun online banking seperti Maybank2u dan juga Cimbclick. Akaun online banking yang lain juga boleh asalkan ianya adalah akaun online banking. Kalau tiada, anda pergi buat dan aktifkan dahulu akaun online banking anda di bank berdekatan.
Di bawah ini saya ringkaskan step dan langkah langkah mudah bagaimana anda boleh membeli di Lazada dengan pantas tanpa masalah.
Panduan Membeli Di Website Lazada
- Lazada Malaysia – sila klik link ini. Sila klik login dan daftar melalui email, Facebook atau Google+
- Klik “manage my account” dan klik pada “address book”. Kemudian sila klik “add new address” dan isika ke semua maklumat seperti nama penuh, nombor telefon termasuk alamat rumah anda
- Selepas siap, sila klik Lazada semula untuk ke halaman utama. Cari produk barangan yang anda mahu beli dan klik produk tersebut untuk masuk ke halaman jualan
- Anda akan nampak produk termasuk penerangan detail. Jika berminat hendak beli, maka sila klik “add to cart” dan klik “checkout” untuk mula membayar
- Anda akan dibawa ke halaman shipping. Di sini akan dipaparkan maklumat berkenaan harga, alamat untuk dipos barang dan juga termasuk kos penghantaran (shipping fee). Jika anda bersetuju, sila klik “proceed to pay”
- Anda akan dibawa ke halaman pembayaran. Kaedah pembayaran anda banyak seperti kad debit, kad kredit, online banking, installment dan juga paypal.
- Sila klik pada “online banking” dan pilih akaun bank anda. Katakan anda mempunyai akaun online banking dari Maybank, sila klik Maybank dan kemudian klik “place order now”.
- Anda akan dibawa ke halaman online banking untuk anda membuat bayaran. Sila ikuti arahan dan selesaikan pembayaran sehingga selesai.
- Jika selesai, anda akan mendapat email berkenaan order anda, nombor tracking pos dan juga tarikh anggaran bilakah barang tersebut akan mula dihantar. Siap
Kalau anda masih keliru, sila tonton video di atas ini. Saya sudah rakamkan untuk anda. Saya harap anda dapat ikutinya dengan mudah. Percaya kata saya, selepas anda sendiri mencuba membeli di Lazada dan berjaya, anda pasti akan dengan mudah membeli produk dan barangan di website yang lain dengan senang. Ianya hampir sama sahaja. Jika saya lihat history iaitu sejarah pembelian saya di Lazada, rupa rupanya sudah 17 barang yang telah saya beli di Lazada. Kalau saya sendiri sudah sebanyak itu membeli di sini, saya tidak rasakan ianya satu masalah untuk anda juga. Cubalah. Bye
The post Ringkasan Panduan Membeli Di Lazada appeared first on eCommerce In Malaysia.