Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Spesifikasi Xiaomi Black Shark Malaysia

$
0
0

Saya tidak pasti samada anda pernah dengar atau tidak akan sebuah telefon pintar yang dicipta khas untuk permainan. Dan telefon berkenaan adalah RAZER smartphone. Telefon pintar ini sama sahaja seperti telefon pintar yang lain. Cumanya spesifikasi yang dibina dibekalkan dengan spesifikasi yang agak tinggi untuk memberikan pengalaman bermain permainan 3D yang memuaskan. Tahukah anda yang syarikat Xiaomi juga telah melancarkan telefon permainan mereka yang tersendiri yang bernama Xiaomi Black Shark. Saya sendiri baru sahaja mendengarkan berita ini pada bulan lalu. Tidak sangka yang ianya secepat ini..

Kalau anda mengikuti perkembangan Xiaomi, mereka bukan sahaja terlibat dalam industri telefon pintar semata mata. Mereka juga membuat drone, action kamera dan pelbagai lagi. Entah kenapa mereka juga berminat dengan telefon khas untuk permainan juga. Namun berita seperti ini adalah berita gembira dikalangan peminat telefon pintar smartphone. Ini kerana brand Xiaomi adalah satu jenama yang tidak asing lagi di Malaysia. Terlalu banyak review positif berkenaan jenama Xiaomi ini.

Smartphone Xiaomi Black Shark

Smartphone Xiaomi Black Shark

Berbaloikah Membeli Smartphone Xiaomi Black Shark

Untuk pengetahuan anda. Saya adalah pengguna smartphone Xiaomi Redmi Note 3 Pro dan sangat berminat untuk beralih menggunakan Xiaomi Redmi Note 5 kerana yakin dengan jenama ini berdasarkan pengalaman sendiri menggunakan smartphone buatan Xiaomi. Sebab itulah bila terdengar sahaja ada “Redmi Note” yang akan dilancarkan saya memang sangat teruja. Dan kini smartphone khas gaming pula dilancarkan. Siapalah yang tidak teruja betul? Hendak tahu akan spesifikasi Xiaomi Black Shark ini?

Smartphone gaming keluaran Xiaomi ini disebut dengan nama Xiaomi Black Shark. Dan spesifikasi yang ditawarkan sudah tentu agak tinggi. Sila lihat spesifikasi model smartphone ini di bawah

Spesifikasi Xiaomi Black Shark

  • CPU = Snapdragon 845
  • GPU = Adreno 630
  • Skrin = 5.99 inchi
  • RAM = 6GB / 8GB
  • Kamera = 12 MP (f/1.8, 1.25µm) + 20 MP (f/1.8, 1.0µm) (belakang) / 20 MP, (f/2.2, 1.0µm) (hadapan)
  • Storage = 64GB / 128GB
  • Speaker = Stereo
  • Bateri = 4000mAh
  • Harga (Malaysia) = RM2599 (6GB) / RM2999 (8GB)

Di atas ini adalah ringkasan spesifikasi untuk Xiaomi Black Shark. Ianya hampir sama sahaja dengan smartphone jenis “high end” yang lain. Cumanya ada sedikit “tweak” yang dilakukan untuk memberikan kepuasan ketika anda bermain games yang besar dan juga berat. Salah satu yang paling menarik yang dibekalkan untuk Xiaomi Black Shark ini adalah penyejukkan berasaskan cecair yang sudah pasti mampu menyebabkan pemanasan cpu mahupun gpu pada tahap yang sederhana untuk membolehkan anda bermain games anda terus menerus tanpa masalah dan juga controller khas bersama. Berminat? Sila dapatkan melalui link di bawah ini. Bye.


>>> Beli Smartphone Xiaomi Black Shark – [ Click Here ] <<<

The post Spesifikasi Xiaomi Black Shark Malaysia appeared first on eCommerce In Malaysia.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Trending Articles