Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Apa Yang Menarik Di Padang Besar Perlis

$
0
0

Sejak kahwin ini saya dan isteri cuba luangkan masa untuk berjalan jalan ke mana mana tempat yang menarik. Orang kata, sebelum ada anak inilah masanya untuk pergi ke mana mana. Selepas ada anak nanti kita akan sibuk dan kurang masa untuk berjalan. Benar juga kata kata tersebut. Dan isteri mengajak saya untuk ke Padang Besar di negeri Perlis. Satu nama panggilan yang saya agak kerap dengar tetapi saya sendiri belum pernah ke sana walaupun saya tinggal di negeri berhampiran iaitu Pulau Pinang.

Oleh kerana rumah saya kini berada dekat dengan stesen keretapi yang baru dibina, maka saya terus sahaja bersetuju dengan ajakkan tersebut. Biasanya saya akan setuju kalau ianya adalah tempat yang saya belum pernah sampai ke sana. Jadi bagi saya ianya agak berbaloi untuk melihat dan meninjau ke sana. Apa yang ada dalam kepala saya tentang Padang Besar Perlis ini? Ianya adalah kawasan bebas cukai yang menarik dan terdapat banyak barang barang murah yang dijual di sana. Itu tanggapan saya.

Papan tanda besar padang besar Perlis

Papan tanda besar padang besar Perlis

Pengalaman Pertama Ke Padang Besar Perlis Malaysia

Untuk pengetahuan anda, lokasi tempat di mana kawasan bebas cukai Padang Besar Perlis ini sebenarnya sangat berdekatan dengan stesen keretapi. Jadi ianya adalah praktikal sekiranya anda ke sana menaiki keretapi sahaja. Agak membazir wang minyak kereta jika anda dari lokasi yang jauh. Maklumlah negeri Perlis ini adalah negeri yang paling utara di Malaysia. Kalau anda dekat dengan lokasi tersebut, maka naik kereta pun sesuai juga. Oleh kerana saya tidak pernah menaiki kereta api, maka saya pun bersetuju untuk ke sana dengan keretapi. Orang cakap cinta pandang pertama. Nak juga merasa pengalaman naik keretapi. Pakej 2 dalam 1.

Makanan seperti kerepek banyak dijual di padang besar Perlis

Makanan seperti kerepek banyak dijual di padang besar Perlis

Ok, sebenarnya apakah tempat yang bernama Padang Besar Perlis Malaysia ini? Ianya adalah kawasan bebas cukai. Memang ada tulis “BEBAS CUKAI” pun di pintu masuk kawasan ini. Dan kawasan ini adalah kawasan di mana produk dan barangan yang dijual sudah tentu adalah lebih murah kerana dikecualikan cukai. Ada produk berbentuk makanan, pakaian, mainan, kraf tangan, beg tangan, barang dapur, barang rumah dan bermacam lagi.

Pelbagai jenis beg tangan ada dijual di padang besar Perlis

Pelbagai jenis beg tangan ada dijual di padang besar Perlis

Saya ke Padang Besar ini bukan hendak mencari atau beli barang pun. Ianya lebih kepada mahu tahu apakah keadaan Padang Besar ini. Ini kerana saya belum pernah sampai ke sana sebelum ini. Orang selalu cakap pasal tempat ini tetapi saya tidak tahu akan gambaran tentang tempat ini. Best atau tidak pun saya tidak boleh komen kerana belum pernah sampai. Jadi itulah tujuan utama saya ke sana. Mana tahu jumpa barang yang murah, bolehlah mencadangkan kepada orang lain untuk membelinya di sini.

Antara baju jersi bola sepak yang murah dijual di padang besar Perlis

Antara baju jersi bola sepak yang murah dijual di padang besar Perlis

Kawasan bebas cukai ini tidaklah besar mana. Produk barangan yang dijual bagi saya tidaklah banyak pilihan. Berkenaan harga pula, saya sendiri kurang pasti samada ianya murah atau tidak. Mungkin ianya murah, tetapi tidaklah terlalu murah. Ini saya cakap berkenaan harga bagi pakaian. Malah isteri saya sendiri mengatakan boleh dapat yang lebih elok di tempat lain pada harga yang lebih kurang sama. Pendapat ini untuk produk pakaian tau. Yang lain lain mungkin murah. Saya kurang pasti.

Apakah tanggapan saya setelah ke Padang Besar Perlis ini? Sebagai orang awam, saya suka kalau kawasan yang agak special ini diberikan naik taraf dan penampilan yang menarik. Saya pandang dari sudut komersial perlancongan. Bagi saya ianya kurang menarik. Malah saya kurang terasa mahu berjalan lebih lama di sana. Terlalu banyak barang yang hampir sama di sana sini dan kurang kepelbagaian mungkin antara sebab saya rasakan ianya kurang menarik. Dari pengalaman yang pendek dan ringkas ini, saya mengambil masa 1 jam lebih sahaja di sana dan mahu balik. Dari pandangan saya, saya berikan markah 5/10 sahaja untuk Padang Besar Perlis Malaysia ini. Bye


>>> Beli Tiket Keretapi KTM Online – [ Click Here ] <<<

The post Apa Yang Menarik Di Padang Besar Perlis appeared first on eCommerce In Malaysia.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Trending Articles