Sudah agak lama sebenarnya saya mengikuti perkembangan kamera aksi iaitu “action camera” di pasaran. Saya selalu juga menonton video perbandingan setiap kamera aksi. Sambil sambil tonton kamera aksi, saya juga akan menonton video berkenaan teknologi drone. Dua benda ini kalau anda sekali, memang lengkap video anda. Untuk pengetahuan, berita terkini berkenaan syarikat GoPro adalah mereka terbuka mahu menjual perniagaan mereka kepada syarikat lain. Salah satu punca adalah kerana faktor penawaran harga yang bersaing sengit dengan produk murah dari China. Untuk pengetahuan anda juga, produk terkini dari GoPro 2018 adalah produk yang bernama GoPro Hero 6.
Saya berbincang bincang mengenai projek buat duit dengan YouTube. Dan salah produk atau alat yang wajib ada adalah kamera aksi. Atas sebab tertarik dan berminat, rakan saya yang pertama telah membeli action kamera dari model Eken H8R. Kenapa beliau tertarik untuk beli kamera tersebut. Sudah tentu kerana mahu buat duit dengan video di YouTube. Walaupun beliau belum bermula lagi, namun beliau mempunyai hobi yang bagus untuk beliau upload di YouTube iaitu aktiviti berbasikal (cycling) dan juga aktiviti memancing (fishing).
Clik here to view.

Rupa bentuk hadapan kamera aksi GoPro Hero 6
GoPro Hero 6 Memang Terbaik
Saya tidak mahu cakap banyak, anda buka laman YouTube dan cuba anda taipkan kata kunci berbasikal dan juga memancing. Anda akan dapati yang jumlah tontonan adalah agak tinggi. Mudah cerita, kalau anda orang Malaysia, 2 aktiviti dapat memberikan anda peluang menjana pendapatan bersama YouTube kalau anda mahu. Beliau beli kamera aksi yang murah murah sahaja sebagai percubaan pertama. Dari pandangan pertama dan percubaan beliau, beliau katakan ianya sudah cukup baik bagi kamera aksi dalam kategori tersebut.
Clik here to view.

Rupa bentuk belakang kamera aksi GoPro Hero 6
Dan rakan saya yang kedua pula baru baru ini telah membeli kamera aksi dari model jenama GoPro Hero 6. Dan apabila saya membuat carian di internet, rupanya model ini adalah model yang paling baru dalam siri GoPro Hero. Saya sendiri telah melihat dan mencubanya secara ringkas. Kami tidak mahu melihat gambar. Oleh kerana ianya adalah sebuah action camera, sudah pasti kami mahu melihat kualiti rakaman video. Apakah ianya berkualiti dan setanding dengan harga yang ditawarkan.
Tahukah anda harga permulaan GoPro Hero 6 yang ditawarkan pada tahun 2017 adalah berharga RM2388. Pada ketika ini (April 2018), harganya telah berkurangan menjadi RM 1850 (asas) sahaja. Kenapa rakan saya akhirnya memilih GoPro Hero 6? Setelah berhari hari beliau membuat perbandingan di internet, beliau nampaknya berpuas hati dengan kelebihan dan kemampuan kamera dan rakaman video dari Hero 6 ini.
Website Yang Menjual Kamera Aksi GoPro
- Lazada – produk GoPro termasuk aksesori dijual rasmi di sini
- 11Street – harga GoPro yang ditawarkan di sini juga agak murah
- Shopee – produk GoPro termasuk aksesori dijual rasmi di sini
- Amazon – jika mahi beli GoPro dari luar negara sila dapatkan di sini
Saya tidak cakap kosong. Seorang rakan saya cuba merakam video ketika itu juga. Anda hendak tahu apa hasilnya? Saya sendiri teruja. Terutamanya dalam bab PENSTABIL IMEJ. Rakaman video yang terhasil memang cantik boleh dikatakan hampir tiada gegaran yang keterlaluan. Rakaman video nampak professional seolah olah anda merakam video menggunakan gimbal. Sedangkan kami merakam video menggunakan tangan sahaja. Review di internet berkenaan perubahan besar dari GoPro Hero 5 kepada GoPro Hero 6 juga adalah berkenaan isu ini juga adalah sama. Rakaman video anda tampak professional seolah olah anda merakam menggunakan gimbal. Terbaik
The post Kenapa Rakan Saya Memilih GoPro Hero 6 appeared first on eCommerce In Malaysia.