Orang dulu dulu mana ada alat untuk mengeringkan rambut seperti hair dryer ini. Samada mereka jarang membasahkan rambut sebelum ke tempat kerja atau mereka lap dengan kain tuala kering sampai kering rambut. Orang zaman sekarang memang hendak cepat. Biasanya orang perempuan yang bertudunglah yang suka gunakan alat pengering rambut seperti ini. Kalau jenis yang tidak bertudung ataupun orang lelaki biasanya memang tiada masalah kalau rambut basah sebelum pergi kerja.
Saya sudahpun membeli hair dryer dan hadiahkan kepada isteri. Sudah beberapa kali sebenarnya beliau menyuarakan pendapat mahukan hair dryer ini. Kalau pergi ke pasaraya pun pasti beliau akan singgah melihat lihat dan survey akan produk yang bernama hair dryer. Bagi saya sebagai seorang lelaki memang merasakan alat ini tidak penting. Malah saya malas hendak ambil tahu. Tetapi bila terfikirkan akan situasi si isteri, maka saya perlu juga untuk memahami masalah rambut basah lambat kering beliau ketika beliau mahu pergi kerja.
Beli Hair Dryer Berjenama Dan Murah Online
Atas dasar kesian dan sayangkan isteri, maka saya membuat keputusan untuk membeli dan menghadiahkan hair dryer kepada beliau secara kejutan (surprises). Saya tidak bercadang ingin membeli hair dryer ini secara online. Saya bercadang hendak beli hair dryer ini terus di kedai yang menjual barangan elektrik rumah. Nasib baik ada. Saya buat survey. Dan saya memilih hair dryer yang saya rasakan cantik dan bagus terus saya beli.
Isteri balik kerja terus saya berikan kepada beliau. Memang beliau sukakan hadiah tersebut. Saya pun check sebenarnya apakah bahan asas kepada binaan produk pengering rambut ini. Apa yang saya dapati, ianya hanya sebuah alat yang dibina berasaskan “plat besi pemanas” dan juga kipas blower. Apabila plat besi dipanaskan pada suhu tertentu dan kipas pula berperanan menyalurkan haba panas tadi kepada rambut yang lembab. Proses inilah yang mengeringkan rambut. Begitu rupanya.
Website Yang Menjual Hair Dryer
- Lazada – ada sangat banyak pilihan hair dryer murah dan terbaik di sini
- 11Street – anda juga boleh mendapatkan alat pengering rambut di sini
- Shopee – anda boleh mencari produk pengering rambut di sini juga
- Senheng – dapatkan hair dryer jenis branded tetapi murah di sini
- Amazon – anda boleh beli pengering rambut yang berkualiti dari luar negara di sini
Selepas saya beli hair dryer ini di kedai barangan elektrik rumah. Saya membuat semakan harga di beberapa website eCommerce seperti di atas ini. Apa yang saya jumpa? Sudah tentu harga yang ditawarkan melalui internet lebih murah. Saya beli hair dryer ini dengan harga RM89.00. Tetapi di website ianya dijual dengan harga RM79 dan juga RM83 dari penjual berbeza. Dengan kata lain, kalau anda inginkan penjimatan dan tidak urgent, maka saranan saya anda beli sahaja hair dryer ini melalui website yang saya berikan di atas ini. Bye.
The post Belikan Hair Dryer Untuk Isteri Anda appeared first on eCommerce In Malaysia.