Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Akuarium Mini Jenis Kecil Untuk Membela Ikan

$
0
0

Teringat saya ketika kecil dahulu, ayah memang suka membela ikan di rumah yang diletakkan dalam akuarium. Ketika zaman dulu akuarium ikan memang biasanya agak besar dan juga dari jenis kaca yang agak berat. Memang seronoklah dapat tengok anak ikan atau ikan besar berenang renang dalam akuarium tersebut. Kena pula dengan pencahayaan dan juga wallpaper akuarium yang menyebabkan permandangan seolah olah sedang melihat dunia lautan yang amat indah sekali. Bagaimana dengan orang zaman sekarang? Masih suka bela ikan dan gunakan akuarium yang besar. Orang zaman sekarang biasanya akan gunakan akuarium mini sahaja. Tetapi tidak semua lah.

Pengalaman saya membantu ayah ketika kecil cara memberi makan, membasuh akuarium, memastikan air sihat dan beroksigen membuatkan saya tahu sedikit sebanyak tentang penjagaan ikan di dalam akuarium ini. Untuk pengetahuan anda, jika anda membela ikan di dalam akuarium mini, sila pastikan anda mengambil tahu tentang beberapa perkara supaya ikan yang anda bela itu dapat hidup dengan lebih lama. Tidak sama keadaannya ketika anda membela ikan dalam akuarium berbanding di sungai atau kolah. Kenapa?

Contoh tank aquarium mini yang ada dijual di website eCommerce Lazada Malaysia

Contoh tank aquarium mini yang ada dijual di website eCommerce Lazada Malaysia

Beli Akuarium Mini Jenis Kecil Murah Online

Perkara pertama yang paling penting berkenaan penjagaan ikan adalah tentang kebersihan air. Air yang tidak sihat, ikan akan mati. Dan air dalam balang akuarium adalah dari jenis tidak mengalir. Ini bermaksud, air semakin lama akan menjadi semakin kotor, bertukar warna, tidak sihat dan mengundang penyakit. Dan sudah tentu akan menyebabkan ikan akan mudah untuk mati. Untuk ikan jenis kecil biasanya tiada masalah sangat. Kalau ikan jenis besar, benda benda macam ini anda kena ambil tahu.

Contoh balang akuarium ikan yang cantik yang dijual melalui website 11Street Malaysia

Contoh balang akuarium ikan yang cantik yang dijual melalui website 11Street Malaysia

Ikan akan buang tahi mereka dalam akuarium tersebut. Jadi tahi akan berkumpul dan air akan menjadi kotor. Anda kena sering selalu mencuci balang akuarium atau kerap membuang dan menggantikan dengan air yang baharu. Kalau boleh sila beli dan masukkan sedikit satu penutup botol “air klorin” yang ada dijual di kedai akuarium ikan untuk membunuh virus bakteria dalam air tersebut.

Contoh akuarium mini untuk ikan kecil yang mudah dijaga ada dijual di laman web Shopee Malaysia

Contoh akuarium mini untuk ikan kecil yang mudah dijaga ada dijual di laman web Shopee Malaysia

Ikan juga macam manusia juga. Mereka memerlukan oksigen. Tetapi ikan memerlukan dua oksigen. Satu oksigen di udara. Sebab itu anda akan lihat ikan naik ke permukaan air kadang kala. Ini kerena mereka mahukan oksigen. Dan ikan juga mendapat oksigen dari air itu sendiri. Mereka bernafas melalui insang mereka. Untuk membekalkan air dalam balang ikan untuk terus ada oksigen, anda belilah “water pump” yang bertujuan membersihkan air sambil meningkatkan oksigen dalam air itu sendiri.

Website Yang Ada Menjual Akuarium Jenis Mini

  • Lazada – dapatkan pelbagai jenis akuarium ikan mini murah di sini
  • 11Street – dapatkan akuarium ikan termasuk aksesorinya di sini dengan mudah
  • Shopee – rambang mata dibuatnya jika anda melihat akuarium mini cantik di sini
  • Amazon – dapatkan balang akuarium yang cantik dan berkualiti dari luar negara di sini

Saya tidak pasti bagaimana dengan tempat tinggal anda. Dari apa yang saya perasan, zaman sekarang sudah tidak banyak kedai ikan dibuka. Kalau anda pun mesti agak jauh. Kalau anda berminat untuk membela anak ikan atau ikan di dalam akuarium, dan berminat mendapatkan akuarium jenis kecil. Saya cadangkan anda mendapatkan sahaja akuarium mini seperti gambar di atas ini. Di mana hendak beli dan dapatkan balang akuarium kecil ini? Dapatkan sahaja melalui link website yang saya kongsikan di atas ini. Selamat membeli ikan. Bye

The post Akuarium Mini Jenis Kecil Untuk Membela Ikan appeared first on eCommerce In Malaysia.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Trending Articles