Apa itu VR? Ianya adalah singkatan kepada perkataan Virtual Reality. Dan apa itu headset vr? Ianya adalah sebuah alat yang di pakai pada kepala untuk menukarkan kandungan realiti maya yang kita tonton pada skrin telefon pintar smartphone kita kepada seolah olah ianya realiti berlaku depan mata kita. Ianya sesuatu perkara yang tidak terlalu baru namun ianya masih kurang popular di Malaysia. Mungkin kerana masih kurang permainan game dan juga filem movie yang dihasilkan untuk kandungan VR ini. Saya pasti ianya akan popular sedikit masa lagi.
Mungkin masih ada yang kurang jelas lagi akan fungsi kegunaan headset vr ini. Katakan anda bermain games pada smartphone anda. Apa yang anda nampak pada skrin kaca telefon anda itu adalah kandungan berbentuk maya (virtual). Hebat macam mana pun paparan grafik yang menarik keterujaan anda, ianya masih lagi dalam bentuk maya dan juga 2D. Cuba anda bayangkan kalau anda dapat bermain games dan anda sendiri terasa yang anda dalam dunia permainan tersebut? Pasti seronok bukan?

Pelbagai jenis kategori produk headset vr murah bawah RM100 dijual di website eCommerce Lazada Malaysia
Beli Headset VR Murah Bawah RM100 Online
Apa yang anda rasa ketika pergi ke panggung wayang (cinema) untuk menonton filem 3D. Anda terasa anda berada dalam dunia tersebut betul? Begitulah perasaan yang anda akan rasai ketika anda menonton filem atau movie ketika menggunakan alat seperti headset vr ini. Saya sendiri pernah menonton filem pendek bergenre seram horror menggunakan headset vr ini. Memang terkejut dibuatnya.

Bagaimana saya memakai dan menggunakan alat VR Box
Memang ada banyak produk berkaitan dengan headset vr yang dijual dengan harga mahal. Ianya di sebabkan brand jenama dan kualiti binaan. Kalau anda ada bajet duit lebih, maka dapatkanlah headset vr yang agak mahal tersebut. Terpulang kepada kemahuan anda. Namun jangan risau kepada anda yang mempunyai bajet terhad. Sebenarnya ada banyak sahaja headset vr yang dijual dengan harga di bawah RM100 sahaja.
Website Yang Menjual Headset VR
- Lazada – ada sangat banyak pilihan mobile VR murah di sini
- 11Street – virtual reality box juga ada banyak dijual di sini
- Ezbuy – VR box juga ada dijual di sini
- Amazon – virtual reality berkualiti boleh anda dapatkan di sini
- AliExpress – banyak Vr box murah murah keluaran dan dari China
Anda jangan risau dengan brand jenama yang mahal dengan yang murah untuk kes headset vr ini. Ini kerana asas pembuatan produk ini adalah menggunakan kanta sahaja. Ianya menukarkan video vr dalam bentuk 2 paparan menjadi satu membentuk imej 3D pada pandangan mata kita. Jadi isu murah atau mahal bukan menjadi isu sangat. Yang penting ianya dapat berfungsi dengan baik. Kalau anda masih pentingkan jenama, maka dapatkan Xiaomi VR dan ianya masih dijual di bawah RM100 sahaja. Berminat?
The post Headset VR di bawah RM100 Untuk Tonton Movie Dan Bermain Game appeared first on eCommerce In Malaysia.