Sejak berumah tangga, salah satu produk barangan yang wajib dibeli setiap bulan adalah seperti sabun basuh baju. Ada keluarga akan basuh baju hari hari. Anda keluarga akan basuh baju beberapa hari sekali. Bergantung kepada berapa ramai ahli keluarga anda dan berapa banyak pakaian ahli keluarga anda gunakan dalam sehari. Dan untuk memudahkan kerja anda sebagai suri rumah, maka sebaiknya anda gunakan mesin basuh jenis automatik. Apakah jenis sabun basuh pakaian yang anda gunakan di rumah anda. Jenis serbuk atau jenis cecair?
Sejak dari kecil lagi saya sudah terbiasa menggunakan sabun pencuci pakaian jenis serbuk. Ini kerana ianya lebih mudah, lebih ringan dan sudah pasti lebih murah. Kalau bajet menjadi keutamaan anda, maka gunakannya sabun basuh baju jenis serbuk. Kalau bajet bukan masalah, maka saya sarankan anda gunakan sabun membasuh baju jenis cecair (liquid). Secara asasnya, sabun pencuci pakaian jenis cecair adalah lebih baik untuk fabrik pakaian untuk tahan lama.
Beli Sabun Basuh Baju Jenis Cecair Murah Online
Saya mula menggunakan sabun basuh baju jenis cecair selepas berkahwin. Dari apa yang saya perhatikan, sabun pencuci pakaian jenis serbuk biasanya menghasilkan kelicinan sabun yang agak tinggi. Dan agak susah untuk menghilangkan kesan kelicinan sabun dengan bilasan basuhan yang sedikit. Namun ianya bergantung kepada berapa banyak sabun yang anda letakkan juga. Cumanya, sabun pencuci pakaian jenis cecair agak lembut pada fabrik dan sudah pasti kurang merosakkan fabrik untuk jangka panjang.
Anda ambil sabun jenis serbuk dan lumurkan pada tangan anda. Kemudian sebelah tangan lagi anda lumurkan sabun basuh baju jenis cecair pula. Anda akan dapati terdapat perbezaan bukan? Jenis serbuk agak tajam, terlalu licin dan berasa panas. Sedangkan jenis cecair agak lembut dan mudah dicuci dengan air yang sedikit. Namun ini hanya pendapat sahaja sahaja berdasarkan pengalaman.
Website Yang Menjual Sabun Basuh Baju Cecair
- Lazada – ada sangat banyak pilihan cecair pencuci pakaian di sini
- 11Street – ada sangat banyak pilihan cecair pencuci pakaian di sini
- Shopee – ada sangat banyak pilihan cecair pencuci pakaian di sini
- Amazon – dapatkan sabun pencuci pakaian dari luar negara di sini
Terdapat beberapa brand sabun basuh baju jenis cecair yang popular di Malaysia seperti jenama Breeze, Top5, Dinamo, Attack dan juga Bio Zip. Dari pengalaman saya, saya sukakan cecair pencuci pakaian dari jenama Breeze. Ianya memberikan rasa wangi dan lembut pada fabrik. Namun soal memilih jenis sabun basuh baju memang bergantung kepada bajet wang anda. Kalau pilihan anda jenis serbuk, sila pastikan bilasan cucian mestilah menggunakan air yang banyak. Kalau anda pilih sabun basuh baju jenis cecair, maka anda keluar bajet wang yang lebih. Bye
The post Sabun Basuh Baju Jenis Cecair Yang Bagus appeared first on eCommerce In Malaysia.