Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Realiti Kita Perlu Berjaya Dahulu Sebelum Mengajak Rakan

$
0
0

Aku sudah hampir didalam dunia blog hampir 3 tahun lebih. Didalam tempoh itu samada didalam dunia realiti dan juga dunia maya telah aku lalui bermacam macam gaya dan rempah ratus yang mencorakkan hidup. Antara perkara besar yang aku buat didalam hidup realiti aku untuk kisah “KEJAYAAN” adalah aku berjaya membuka kedai cyber cafe milik diri sendiri yang walau pada hakikatnya kedai cyber cafe tersebut aku buka dengan rakan kongsi. Kami berdua membuka kedai tersebut. Aku telah melalui pengalaman tersebut. Walaupun kecil, bagi aku ianya sebuah kejayaan. Kejayaan yang dahulu hanya cita cita tetapi telah aku realitikan akan cita dan angan tersebut. Untuk pengetahuan, aku telah keluar dari rakan kongsi atas sebab tertentu dan kedai cyber cafe tersebut milik beliau 100%.

Kini yang terbaru aku cuba untuk melibatkan didalam bisnes telekomunikasi dan aku rasa yang membaca blog ini pasti tahu. Aku baru sahaja berjaya menjadi agen untuk bisnes Sim Kad Tone Excel ini. Kepada yang berminat boleh PM aku untuk turut serta. Dan kita boleh sama sama berusaha bersama sama untuk membantu satu sama lain. Nak bergerak seorang memang susah. Zaman sekarang kita perlu sokongan ramai untuk berjaya. Nak buat bisnes kalau sendiri susah untuk berjaya. Setuju?

Kita Perlu Berjaya

Kita Perlu Berjaya – image credit to http://www.desmondsim.com

Kita Perlu Berjaya

Apa yang aku ingin kongsikan pada kali ini bukan tentang apa bisnes yang aku cuba buat. Tetapi ingin berkongsi dengan kawan kawan tentang perihal kisah realiti iaitu tentang sikap manusia tentang untuk berjaya didalam apa apa bidang sekalipun. Ada manusia yang betul betul teruja mahu tahu, ada manusia yang mahu melihat orang lain berjaya dahulu dan ada manusia yang tidak mahu tahu atau tidak berminat untuk terlibat sama sekali. Pernah tidak korang menghadapi situasi sebegini? Atau adakah korang seperti dari 3 jenis sikap dari yang aku nyatakan tadi?

Kadang kadang aku berminat ingin berkongsikan secebis kejayaan aku kepada orang lain. Kadang kadang aku bercerita. Dan kadang kadang kawan seronok mendengar kisah kita. Tetapi sedikit sekali dari antara mereka yang ingin bersama sama kita. Kadang aku faham. Malah tidak keterlaluan kalau aku katakan yang majoriti dari kita sebenarnya bukan tidak berminat untuk berjaya. Bukan tidak berminat untuk mengikuti rakan yang berjaya. TETAPI lebih kepada melihat dahulu orang lain berjaya dan ketika itulah baru berani untuk mencuba dan mengikuti. Betul tak?

Aku suka untuk mencuba sesuatu. Cuba mencari cara untuk membuat duit dari pelbagai sisi dari apa yang aku minat dan mahu untuk mencuba. Bukanlah aku kekurangan wang. Aku sendiri bekerja dan mempunyai gaji sebanyak RM3k sebulan, tetapi aku kurang selesa untuk bergantung kepada satu satu sumber. Malah aku sendiri mengharap yang suatu hari nanti aku mahu bebas terikat dengan masa dan mempunyai wang yang “mencukupi” untuk hidup selesa. Selesa bagi aku bukan beerti banyak duit. Tetapi selesa bagi aku adalah hilang dari hutang, aku ada kenderaan, aku ada rumah, bekerja tidak terikat masa dan ada duit cukup untuk aku makan dan hidup. Itu yang aku mahukan. Jadi mencari sumber duit dari pelbagai arah untuk menuju “FREEDOM” adalah target aku. Walaupun aku mempunyai wang RM1000 sebulan tetapi aku bahagia, terasa mencukupi malah terasa kaya pula. Tidakkah rakan mahu begitu? Aku mahu mengajak rakan tetapi mereka tidak mahu. Apakan daya. Apa pendapat rakan rakan pembaca?


Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Trending Articles