Sudah hampir dua bulan aku tidak menulis. Barangkali ada kawan blogger yang sudah mengganggap aku vacum daru dunia blogger. Bila datang singgah sahaja, tiada lagi artikel terbaru. Malah post terbaru pun menunjukkan yang kali terakhir aku menulis adalah pada 2 bulan yang lepas. Aku minta maaf. Blog ini masih bernafas dan MALAH AKU TETAP AKTIF didalam dunia blogging. Cumanya aku tidak berada disini. Aku berada di blog aku yang satu lagi. Maklumlah blog baru yang perlu diberi perhatian kerana tugas dan skop yang diberikan oleh aku.
Awal tahun ini, aku bercadang menulis kembali. Rasanya aku akan cuba untuk aktif dikedua dua blog. Sejujurnya aku mempunyai banyak blog iaitu hampir 5 blog. Setelah membuat beberapa ekperimen dan juga “try and error”, aku telah mencapai satu titik keputusan yang aku sebenarnya mampu untuk fokus kepada 2 blog sahaja. Dan keputusan “final” ini menunjukkan yang inilah yang aku cari dan aku perlukan sebenarnya setelah mencuba pelbagai perkara didalam dunia blogging ini.

pulau sipadan – image credit to mdfakhri.com
Aku Seorang Blogger
Noktak. Aku hanya perlu 2 blog sahaja dan itu lebih dari mencukupi setelah melalui pelbagai onak dan duri. Kepada kawan kawan terus support aku dan aku akan menjadi salah satu blogger yang kurang popular tetapi dikenali sebagai blogger lama. Target aku adalah untuk memperbaiki ranking alexa untuk berada dibawah nilai 1000. Aku rasa aku boleh sebab aku pernah berada di ranking 500 alexa. Dulu boleh, sekarang kenapa tidak. Aku akan teruskan berkongsi segala pendapat aku didalam blog ini seperti selalu. Korang nak setuju atau tidak terpulang. Ianya sebuah cana minda yang aku suka untuk diberikan gambaran tentang apa yang aku fikirkan.
Baiklah. Aku ada dua blog. Blog (wanwidget.com = blog personal) dan blog kedua aku (myrujukan.com = blog buat duit online). Harap korang mampu membezakan kedua dua blog aku ini. Dua dua mempunyai skop yang berbeza. Satu blog personal peribadi menggunakan kata kata pasar dan blog satu lagi bersifat pengguaan bahasa yang skema. Apa apa pun aku kini kembali aktif disini dan aku terbuka kepada mana mana yang ingin menjadi penulis jemputan disini. Apa apa pun, Assalamualaikum…