Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Beli Motosikal Guna Kad Kredit Secara Online

$
0
0

Kepada anda yang tidak tahu, loan pinjaman kenderaan seperti kereta biasanya akan mengenakan kadar faedah (interest) dalam bentuk tahunan. Biasanya dalam lingkungan 2% – 4% setahun. Akan tetapi kadar faedah yang dikenakan terhadap motosikal pula sangat berbeza iaitu dalam bentuk bulanan. Dan ini menyebabkan kalau anda membeli motosikal dengan kaedah hutang biasanya, anda akan dapati bayaran bulanan adalah tinggi. Dan selepas habis bayar pun anda akan dapati anda membayar berkali kali ganda mahalnya. Sebab itulah kalau hendak murah, kita sarankan anda beli motosikal secara cash tunai. Kalau tiada cash tunai, anda boleh gunakan kaedah kredit kad. Tahu? Atau baru tahu?

Tidak perlu cerita jauh. Dulu saya pernah membeli motosikal brand Yamaha Nouvo 115cc jenis terpakai (second hand). Harga jualan cash adalah RM3300. Saya memberikan wang muka (downpayment) sebanyak RM2300. Dan ini bermakna saya berhutang sebanyak RM1000 sahaja dan saya ingin melangsaikan baki hutang RM1000 tersebut dalam tempoh setahun. Kalau fikir logik, anda pasti akan mengira yang hutang RM1000 akan dibahagi selama 12 bulan dan saya perlu membayarnya sebanyak RM1000/12 bulan = RM83 sebulan. Betul tidak? Tetapi tanggapan anda salah. 

Anda boleh beli motosikal pilihan anda di internet melalui website eCommerce Lazada Malaysia

Anda boleh beli motosikal pilihan anda di internet melalui website eCommerce Lazada Malaysia

Beli Motosikal Murah Dan Jimat Secara Online

Saya perlu membuat bayaran sebanyak RM180 sebulan. Selepas setahun saya telahpun membayar sebanyak RM180 x 12 bulan = RM1920. Saya telahpun membayar sebanyak RM1920 sedangkan saya cuma berhutang RM1000 sahaja. Kalau anda lihat jumlah kadar faedah (interest) yang dikenakan adalah RM1920/RM1000 x 100% = 1.92% sebulan. Kalau setahun jumlah interest adalah sebanyak 23% setahun. Ini adalah kos sebenar yang perlu anda hadapi jika anda beli motosikal secara hutang biasa. Sedangkan jumlah interest kereta setahun pun paling tinggi cuma 4% sahaja. Berbeza bukan?

Promosi beli motosikal murah secara online dan mudah melalui laman web 11Street Malaysia

Promosi beli motosikal murah secara online dan mudah melalui laman web 11Street Malaysia

Tetapi saya faham, bukan semua orang ada kemampuan untuk membeli benda yang mahal secara wang tunai. Mahu tidak mahu terpaksa membeli dengan cara hutang juga. Kalau anda mempunyai kemampuan gaji yang baik, dan anda berminat untuk membeli motor dengan cara hutang tetapi menjimatkan, saya sarankan anda untuk beli motosikal idaman anda dengan menggunakan kad kredit. Tahukah anda yang anda boleh membeli motor yang anda mahukan dengan menggunakan kad kredit?

Kebanyakkan kad kredit memang ada menawarkan kelebihan membeli barang secara hutang dengannya. Kelebihan tersebut dalam bentuk ZERO INTEREST. Bayangkan anda beli motosikal idaman anda menggunakan hutang dari kad kredit, dan anda bayar balik hutang kad kredit tersebut tanpa apa apa tambahan cas kadar faedah. Menarik bukan? Dengan cara ini, kalau motosikal idaman anda itu berharga RM7000. Maka bayaran hutang kad kredit anda cuma RM7000 juga. Tidak lebih dan tidak kurang? Tetapi untuk kelebihan sebegini, anda kenalah ada kad kredit. Kalau belum anda sila mohon kad kredit secara online di sini.

Website Yang Menjual Motosikal Secara Online

  • Lazada – setakat ini, pihak Lazada hanya menawarkan bayaran balik selama 12 bulan sahaja
  • 11Street – setakat ini, pihak 11Street menawarkan bayaran balik selama 36 bulan paling lama

Kepada anda yang sudah mempunyai kad kredit, anda boleh membeli mana mana motosikal dengan kad kredit anda di kedai motosikal. Akan tetapi anda kenalah tanya dahulu samada mereka menerima pembelian menggunakan kad kredit. Ini kerana tidak semua kedai ada menerima pembayaran tersebut. Kalau anda berminat membeli motosikal secara online, ada 2 laman website yang menawarkan servis tersebut. Saya kongsikan dengan anda melalui link di atas ini. Dua dua website di atas menawarkan tempoh bayaran balik hutang kredit kad yang berbeza. Berminat sila klik link di atas ini ok. Bye

The post Beli Motosikal Guna Kad Kredit Secara Online appeared first on eCommerce In Malaysia.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Trending Articles