Sebelum ini memang sejak dulu saya menggunakan streamyx melalui cable LAN. Dan kemudian saya beralih daripada cable LAN kepada wifi. Dan kebetulan modem streamyx saya memang support wifi. Dan saya hanya perlu membeli USB wifi adapter dan dipasangkan pada desktop cpu saya untuk membuat sambungan dan menerima internet melalui capaian wifi. Namun apa yang saya perasan, jarak antara modem yang berada di ruang tamu rumah dan komputer saya pula di bilik akan membuatkan tarikan wifi internet menjadi sedikit lemah. Dan ini membuatkan saya terfikir yang saya sudah perlu untuk menggunakan wifi range extender pula. Setuju?
Sebenarnya apakah benda alat wifi range extender ini? Seperti yang saya katakan di atas tadi. Signal wifi apabila jauh dari modem akan menjadi lemah. Ini dapat dilihat mudah pada signal bar di komputer. Katakan ada 5 bar, dan ianya hanya memaparkan tahap kekuatan “signal strenght” hanyalah 2 atau 3 bar sahaja. Jika ini berlaku, itu bermakna komputer anda tidak menerima kekuatan signal sepenuhnya dari modem anda. Apa yang perlu anda lakukan? Hendak pindah komputer anda lebih dekat dengan modem pasti bukan cadangan yang baik bukan?
WiFi Range Extender Sebagai Internet Booster
Sebenarnya di pasaran ada alat yang boleh meningkatkan, menggandakan dan menguatkan signal internet atau wifi yang jauh dari modem. Nama alat tersebut adalah “wifi range extender”. Dengan menggunakan produk seperti ini, signal wifi internet anda akan dikuatkan melalui tindakan “booster”. Sebab itu ada orang sebut alat ini dengan nama seperti “wifi booster” juga. Masalah internet lembab atau lambat sebab jauh dari modem dapat diselesaikan dengan mudah. Jelas?
Website Yang Menjual Wifi Booster
- Lazada – ada banyak pilihan wifi range extender dijual di sini
- 11Street – dapatkan produk range extender untuk wifi di sini
- Amazon – anda boleh dapatkan wifi range extender berkualiti di sini
Antara brand wifi range extender yang biasa orang beli adalah seperti jenama Tp-Link, D-Link, Xiaomi. Vakind dan juga Netgear. Berkenaan dengan harga pula ada yang dijual bawah RM100 dan atas RM100. Jadi jangan risau jika anda kekurangan bajet. Biasanya kalau untuk rumah, anda beli yang murah pun tidak mengapa asalkan ianya berjenama. Rumah anda yang luas atau mempunyai 2 tingkat, memang digalakkan anda menggunakan wifi range extender ini untuk booster internet rumah anda yang gunakan sambungan secara wifi. Di atas ini saya kongsikan beberapa websiet yang ada menjual wifi booster yang sesuai untuk anda. Bye
The post WiFi Range Extender untuk Mempercepatkan Kelajuan Internet appeared first on eCommerce In Malaysia.