Teringat kisah beberapa bulan lepas. Ketika itu seorang rakan saya yang melanjutkan pelajaran peringkat ijazah (degree) di USM Penang akan tamat pengajian beliau. Dan beliau akan menghadiri konvokesyen untuk menerima dan mengambil ijazah. Masalah yang berlaku adalah berkenaan masalah pakaian. Hanya 2 jenis pakaian sahaja dibenarkan iaitu baju melayu berwarna hitam atau baju kot jenis jenis blazer. Rakan saya meminta saya menemani beliau untuk mencari baju blazer murah untuk program tersebut. Saya pun temanlah beliau mencari baju kot untuk lelaki yang sesuai di pelbagai pasaraya.
Setelah menemani beliau mencari baju blazer murah yang sesuai. Rupanya ada banyak juga kedai di pasaraya yang menjual baju kot blazer jenis terpakai. Namun rata ratanya ianya dijual dengan harga dalam lingkungan RM80 – RM120. Saya sendiri sebenarnya tidak pasti berapakah harga sebenar bagi sehelai baju kot jenis blazer ini kalau untuk yang baharu. Namun rakan saya agak kurang berpuas hati dengan harganya kerana menurut beliau harga bagi sehelai baju blazer yang terpakai boleh dapat dengan harga yang lebih murah lagi. Saya hanya mengiyakan sahaja sebab memang tidak tahu.
Beli Baju Blazer Murah Online
Akhir sekali, beliau mengajak saya ke kedai “bundle”. Agak terkejut juga saya apabila menemui sebuah kedai bundle di Bukit Mertajam Penang yang menjual banyak baju kot dan blazer. Malah anda boleh beli siap satu pasang sekali dengan seluar. Dan yang terlebih kelakarnya, seingat saya, harga bagi sehelai baju blazer murah yang terpakai ini hanya dijual dengan harga tidak sampai RM20 kalau saya tidak silap. Memang murah sangat sangat. Siap satu pasang sekali dengan seluar pun tidak lebih dari RM50.
Saya tanyakan kepada beliau kenapa beliau tidak membeli baju blazer satu set lengkap yang baharu sahaja. Kata beliau, majlis perasmian konvokesyen tersebut hanya satu hari sahaja. Dan baju blazer tersebut hanya dipakai sekali sahaja. Oleh sebab itu beliau tidak mahu membazirkan wang untuk sepasang pakaian yang hanya dipakai sekali sahaja seumur hidup. Jadi bagi saya, itu terpulang kepada bajet wang dan pilihan masing masing.
Website Yang Ada Menjual Baju Kot/Blazer/Vest
- Lazada – di sini terdapat banyak baju kot lelaki yang berharga murah
- Zalora – di sini baju suit lelaki yang lebih berkualiti
- SmartMaster – kalau anda hendak dapatkan baju kot berkualiti ada di sini
- 11Street – anda juga boleh mencari baju blazer murah di sini
- Amazon – di sini terdapat baju blazer lelaki yang cantik, terbaru dan trendy
- Aliexpress – anda boleh dapatkan baju kot untuk lelaki dengan sangat murah
Hasil carian saya di internet misalnya di website eCommerce Lazada menemukan saya dengan begitu banyak baju blazer murah samada untuk lelaki mahupun wanita. Harga paling murah yang saya jumpa adalah semurah RM75 sehelai. Kalau anda mahukan satu set pasang baju kot blazer yang murah, rasanya anda patut membelinya di website ini. Kalau anda bimbang saiz tidak sama, anda boleh cari di kedai. Dan kalau anda tidak kisah, beli sahaja baju blazer murah ini di internet melalui website yang saya kongsikan di atas ini. Bye.
The post Pengalaman Rakan Mencari Baju Blazer Murah appeared first on eCommerce In Malaysia.