Adakah anda seorang ulat buku? Dan suka membaca dan membeli buku? Ataupun anda adalah keluarga yang besar yang mempunyai anak yang ramai. Jika begitu, pasti di rumah anda terdapat banyak buku bacaan dan juga buku buku sekolah anak anda betul? Jadi bagaimanakah anda menyusun dan menyimpan buku tersebut? Di rumah anda ada almari buku? Jika ya, maka baguslah. Jika belum, ada baiknya jika anda dapatkan mana mana rak buku yang sesuai dan cantik sebagai tempat perhiasan buku buku tersebut. Salah satu cara bagi menarik minat membaca adalah dengan menyusun buku buku dengan kemas, teratur dan nampak cantik.
Masalah ibu bapa terhadap anak mereka yang kurang minat membaca mungkin di sebabkan keadaan persekitaran keluarga tersebut. Tiada tempat yang betul untuk meletak buku. Ibu bapa sendiri tidak mewujudkan persekitaran bagi menggalakkan minat membaca. Dan bahan bacaan yang terlalu “ilmiah” untuk anak anak juga adalah penyumbang kepada masalah kurang minat membaca. Orang dewasa sendiri pun memerlukan bahan bacaan yang sesuai dengan mereka untuk menarik minat tersebut.
Beli Rak Buku Yang Sesuai Dan Murah Online
Bagi saya, salah satu cara untuk menarik minat membaca bagi golongan dewasa dan juga kanak kanak adalah dengan mempunyai satu almari atau rak khas untuk memaparkan buku dengan menarik? Sesuatu yang tampak menarik memang boleh mengundang rasa minat ke arah tersebut. Jadi salah satu cara yang di rasakan baik adalah dengan mempunyai almari buku atau rak buku. Kalau saya, saya lebih ke arah menyukai rak buku yang bersifat terbuka dan nampak seperti perpustakaan berbanding almari yang bersifat tertutup dan tidak nampak buku.
Anda tidak perlukan rak buku yang besar besar pun. Cukup untuk mendapatkan mana mana rak buku yang agak sesuai dengan keadaan dan ruang dalam rumah anda. Kemudian cuba susun buku tersebut mengikut kategori seperti bahagian ini adalah tempat buku buku untuk ibu dan ayah. Dan tempat yang lain pula adalah untuk anak anak menyusun dan menyimpan buku mereka. Ajar mereka susun buku mengikut kategori. Didik mereka sebegitu supaya mereka sendiri dapat merasakan yang mereka dengan mudah akan mencari buku sekolah mereka mengikut jadual sekolah mereka.
Website Yang Ada Menjual Almari/Rak Buku/Majalah
- Lazada – ada banyak rak almari buku murah di sini
- 11Street – pilihan book rack agak kurang di sini
- Ezbuy – di sini terdapat banyak book rack yang cantik cantik
- Amazon – mahu rak buku yang berkualiti, sila dapatkan di sini
- AliExpress – ada sangat banyak rekaan rak buku cantik dari China
Saya tidak katakan yang rak buku ini wajib ada bagi setiap rumah. Cuma ini adalah pandangan dan galakkan sahaja. Malah anda tidak perlu risau dengan harganya. Dan hasil survey yang saya lakukan di webite Lazada Malaysia misalnya mendapati yang harga bagi sebuah rak buku yang kecil adalah murah iaitu berharga tidak lebih dari RM100 pun. Yang bawah RM50 pun ada banyak. Rak buku untuk majalah pun ada. Terpulang kepada wang bajet anda. Cuma apa yang saya hendak katakan adalah, jika anda hendak membina minat membaca dalam keluarga anda, salah satu caranya adalah dengan mendapatkan almari atau rak buku untuk rumah anda. Sekian
The post Rak Buku Untuk Menyimpan Menyusun Buku Di Rumah appeared first on eCommerce In Malaysia.