Tahukah anda, salah satu keseronokkan membeli belah secara online misalnya di website eCommerce Lazada Malaysia adalah, anda boleh membeli produk dan barangan dengan harga berkali kali lebih murah. Biasanya, memang produk barangan yang dijual di internet sedikit lebih murah dari apa yang dijual di kedai kedai atau pasaraya. Namun, kadang kala, harga yang sedia ada lebih murah itu boleh anda dapatkan dengan harga lagi murah dari yang sedia ada. Caranya bagaimana? Anda pasti pernah dengar tentang kupon (coupon), baucer Lazada (voucher Lazada), promosi (deal) dan juga diskaun (discount code) betul? Berminat mendapatkannya?
Tahu tidak kenapa peniaga atau penjual online ini memberikan tawaran promosi seperti ini? Sudah tentu mahu melariskan produk mereka dan menjana untung. Kadang kala anda pasti terfikir, bagaimanalah peniaga online ini boleh untung kalau jual dengan harga murah seperti itu. Jangan bimbang. Itu adalah urusan mereka. Mereka tahu apa yang mereka buat. Dan mereka sudah pasti tidak akan memberikan penawaran untuk mereka rugi. Untung kecil tidak mengapa. Asalkan produk mereka terjual dan ramai yang membeli. Maka mereka tetap akan mencapai target keuntungan yang mereka mahukan itu.
Cumanya kaedah seperti memberikan kupon (coupon), baucer Lazada (voucher), promosi (deal) dan juga diskaun (discount code) hanyalah sebuah kaedah dalam berniaga sahaja. Yang lebih best, peniaga untung dan anda sebagai pembeli juga untung berkali kali ganda kerana berjaya membeli dan mendapatkan barang dengan harga lebih murah dan jimat dari pembelian biasa. Anda pasti hendak tahu, bagaimanakah hendak mendapatkan baucer Lazada ya. Ok saya akan kongsikan 4 tips yang perlu anda tahu dan perlu buat sekiranya anda seorang pembeli barang di Lazada dan mahukan lebih penjimatan.
4 Tips Membeli Lebih Murah Dan Jimat Di Lazada
- Subscribe Email Lazada – pergi ke website Lazada Malaysia. Dan langgan subsriber mereka dengan memasukkan email anda. Anda akan dapat notifikasi terkini tentang baucer Lazada untuk anda membeli belah
- Download Apps Lazada – muat turun aplikasi Lazada di Google PlayStore misalnya, dan aktifkan dengan memasukkan no tel anda. Anda akan mendapat notifikasi tentang baucer Lazada sekiranya ada
- Like Facebook Lazada – Facebook page Lazada kerap menghebahkan kod promosi terkini mereka untuk menggalakkan pembeli membeli di Lazada
- Lawat Laman Web Lazada – kalau anda selalu kerap membuka dan melawat website Lazada, anda akan nampak iklan kod baucer Lazada. Lihat contoh pada gambar pertama di atas ini.
Ini adalah kaedah yang biasa yang rasanya semua orang perlu tahu sekiranya serius mahu membeli di Lazada dengan menggunakan baucer Lazada. Namun selain baucer (voucher), anda juga kaedah membeli lebih murah di Lazada menggunakan kupon (coupon), promosi (deal) dan juga diskaun (discount code). Untuk cara ini, saya menyarankan anda untuk melawat website di bawah ini pula kalau anda berminat hendak mencuba.
Senarai 5 Website Deal/Voucher/Coupon/Cashback/Discount Malaysia
- FAVE – Banyak barang ditawarkan harga murah di sini
- EasyDeal – Laman deal diskaun terbaru di Malaysia
- Milkadeal – Anda dapat “cashback” jika membuat pembelian di sini
- Shopback – Laman baucer popular di Malaysia
- Streetdeal – Memberikan deal dan diskaun terbaik
Saya telah kongsikan kepada anda akan 2 tips dan juga teknik yang boleh anda cuba pakai. Pembeli yang bijak selalunya akan terfikir begini “kalau ada harga yang jauh lebih murah, kenapa perlu membazir duit untuk membayar harga yang lebih mahal untuk produk yang sama”. Setuju? Saya harap perkongsian ini bermanfaat kepada anda dan share jika ianya juga berguna kepada rakan rakan anda yang lain. Bye.
The post Cara Mendapatkan Baucer Lazada Malaysia appeared first on eCommerce In Malaysia.