Sejak beberapa bulan lepas, saya telah mendapat beberapa pertanyaan berkenaan cara buat duit melalui internet (online). Antara pertanyaan tersebut adalah bagaimana ingin berniaga di eBay, Lazada, blogging, affiliate, dropship dan sebagainya. Saya menjawab pertanyaan tersebut berdasarkan apa yang saya tahu sahaja. Dan saya sendiri di kelilingin oleh beberapa rakan yang memang buat duit dan berniaga secara online. Dan sudah tentu “dropship” adalah bidang utama mereka. Dan salah satu tempat produk yang mereka ingin cari adalah seperti lubuk supplier China. Anda tahu?
Begini ceritanya. Seorang rakan saya mahu buat duit di eBay sebagai peniaga online. Dan seorang kenalan yang tidak saya kenali melalui Whatsapp juga bertanya hal yang sama. Macam mana hendak berniaga di eBay. Antara masalah yang mereka hadapi adalah produk apakah yang mereka boleh jual dan di manakah lubuk produk dan barangan yang murah boleh mereka ambil untuk dijual. Ada banyak sebenarnya lubuk iaitu website yang menawarkan produk mereka untuk dijadikan dropship kepada peniaga online yang berminat. Salah satu website yang saya cadangkan adalah seperti lubuk supplier borong China yang menawarkan produk dan barangan mereka dengan harga murah.
Website Pembekal/Pemborong Lubuk Supplier China Yang Patut Anda Tahu
Mudah cerita macam inilah. Anda mahu menjual produk barangan di eBay. Dan pelanggan anda adalah dari negara barat (US & Western). Anda cari barang yang berkualiti tetapi murah melalui mana mana website wholesales dari China. Dan kemudian anda promosikan di kedai eBay anda itu. Anda mungkin boleh dapatkan harga borong semurah USD10 dan anda jualkan kembali dengan harga paling rendah USD20. Di sini anda sudah untung USD10. Nampak macam sikit sahaja untung anda. Tetapi kalau anda tukarkan USD10 kepada Ringgit Malaysia, anda sudah dapat RM40. Besar bukan?
Jadi anda nampak apa tips dan teknik yang saya kongsikan melalui gambaran ringkas di atas tadi? Dapatkan produk dan barangan yang anda mahu jual melalui laman website lubuk supplier China yang dipercayai. Kemudian anda promosi dan jualkan kembali di eBay. Mudah sahaja. Teknik berniaga sebegini kita sebut sebagai DROPSHIP. Kita jadi orang tengah sahaja. Pelanggan iaitu bakal pembeli kita tidak perlu tahu akan proses ini. Mereka pun tidak mahu tahu. Yang mereka mahu tahu adalah barang yang mereka beli itu sampai ke alamat rumah mereka. Itu sahaja.
Senarai Website Lubuk Supplier Pemborong China
- TaoBao Lazada – dapatkan produk murah dari Taobao dari Lazada Malaysia (Malaysia)
- Ezbuy – beli barang China dari website Malaysia dengan mudah dengan harga RM (Malaysia)
- Kumoten – ada sangat banyak produk untuk dropship dalam harga RM (Malaysia)
- Alibaba – website china paling popular dan paling besar. Kena beli secara pukal banyak
- Aliexpress – website kedua popular selepas Alibaba. Boleh beli dalam kuantiti sederhana banyak
- DealExtreme – menjual pelbagai gadget yang murah
- Everbuying – menjual barangan elektrik yang murah
- Chinabuye – menjual banyak gadget unik menarik pada harga sangat rendah
- Dinodirect – menawarkan pelbagai barangan dari China
- Geekbuying – syurga bagi peminat gadget
- GearBest – menjual barangan elektronik yang berkualiti dan sedikit mahal
Di atas ini adalah cadangan website lubuk supplier dari China yang boleh anda lawat dan lihat. Anda carilah mana mana produk atau barang yang anda rasa boleh dijual dengan mudah dari pembeli di eBay sana. Kalau anda orang Malaysia lagi bagus. Anda berpeluang menjana pendapatan dalam bentuk USD dollar. Dan kalau tukar kepada ringgit Malaysia anda memang akan untung dengan banyak. Kalau tidak yakin hendak ambil barang dari lubuk supplier China, anda boleh dapatkan barang dari pembekal di Malaysia juga. Saya sudah kongsikan di atas ini. Apa pun selamat mencuba, berjaya buat duit dan menjana komisen pendapatan sebagai peniaga online. Bye
The post Lubuk Supplier China Untuk Dropship Dan Bisnes Online appeared first on eCommerce In Malaysia.