Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Senarai Laman Web Deal Site Malaysia Terbaik

$
0
0

Website website “DEAL” ini sudah lama saya perasan. Dan rakan saya sendiri salah seorang yang aktif menggunakan servis dari website sebegini? Dan saya pernah bertanya apakah website tersebut dan kenapa beliau suka membuka website tersebut. Jawapan beliau adalah, website tersebut menawarkan pakej apa apa sahaja barang atau perkhidmatan dengan harga murah dalam tempoh tertentu. Jadi beliau boleh beli dan dapatkan barangan tesebut jauh lebih murah jika beliau cepat dapatkan tawaran tersebut yang mungkin memberikan diskaun sebanyak 10%, 20%, 50% atau lebih. Jadi adakah anda tahu akan senarai deal site Malaysia?

Bayangkan anda membeli produk Maggie dengan harga RM5.00 untuk 1 pek. Tetapi melalui laman deal site Malaysia, anda mungkin bernasib baik dengan hanya membayar RM7.00 sahaja untuk 2 pek Maggie. Murah bukan. Ini yang berlaku pada rakan saya. Beliau juga kerap mencari tawaran pakej makanan di restoran yang memberikan “deal” harga yang murah. Jadi beliau dapat menikmati makanan sedap dengan harga promosi tersebut. Kalau anda tidak faham apa yang saya sampaikan ini, anda lawat sahaja laman seperti FAVE dan lihat sendiri.

Deal site Malaysia dari website FAVE menawarkan deal promosi polish kereta paling murah

Deal site Malaysia dari website FAVE menawarkan deal promosi polish kereta paling murah

Dapatkan Barang/Servis Murah Melalui Deal Site Malaysia

Anda juga mungkin akan mendapat kupon (coupon), baucer (voucher) atau deal paling murah yang anda beli untuk digunakan di tempat yang anda pergi. Dengan kupon/baucer itulah nanti anda akan mendapat servis atau membayar dengan harga lebih murah. Nasihat dan tips dari saya untuk anda adalah, sila buat survey di website lain samada deal baucer yang anda terima itu memang lebih murah atau tidak. Jika terbukti lebih murah maka anda boleh terus dapatkannya. Harap anda ambil tahu dalam hal ini.

Dapatkan voucher KFC dengan harga murah di website Easydeal

Dapatkan voucher KFC dengan harga murah di website Easydeal

Sebenarnya apakah konsep dan tawaran dari laman deal site Malaysia ini? Ianya adalah sebuah website yang menyediakan servis yang menghubungkan pihak bisnes dengan pelanggan. Pihak bisnes apa apa sahaja yang baru di buka seperti spa, kedai makan, restoran, servis apa sahaja memerlukan pelanggan untuk datang dan kenal dengan servis yang mereka tawarkan. Jadi dengan pemberikan diskaun atau baucer ini dapat menarik pelanggan untuk mencuba perkhidmatan mereka. Jadi ianya adalah win win situation.

Dapat pulangan cashback duit semula jika order tiket bas melalui website Easybook

Dapat pulangan cashback duit semula jika order tiket bas melalui website Easybook

Senarai 5 Website Deal/Voucher/Coupon/Cashback/Discount Malaysia

  • FAVE – Banyak barang termasuk servis ditawarkan harga murah di sini
  • EasyDeal – Laman deal diskaun terbaru di Malaysia
  • Milkadeal – Anda dapat “cashback” jika membuat pembelian di sini
  • Shopback – Laman baucer cashback popular di Malaysia
  • Streetdeal – Memberikan deal dan diskaun terbaik

Di atas ini adalah senarai laman web deal site Malaysia yang boleh anda lawati. Saya tahu anda mungkin hanya kenal dengan beberapa laman deal site sahaja. Jadi dengan senarai di atas ini saya berharap anda mempunyai lebih banyak pilihan dan penawaran yang boleh anda dapatkan. Saya harap anda berpuas hati dengan tawaran deal yang mereka promosi dan berikan. Jadilah pengguna yang bijak membeli dan berpuas hati dengan servis yang anda terima. Sekian.

The post Senarai Laman Web Deal Site Malaysia Terbaik appeared first on eCommerce In Malaysia.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Trending Articles