Biasanya handphone pintar smartphone dijual dalam 3 kategori. Yang pertama adalah yang baharu, yang kedua pula terpakai dan yang ketiga pula dari jenis refurbished. Kalau anda teringin memakai smartphone yang berkuasa tinggi high end yang mahal tetapi tidak mampu, anda boleh membeli smartphone secara ansurans. Atau anda perlu membeli mana mana dalam kategori terpakai yang sudah tentu lebih murah. Kalau berminat dengan rufurbished yang jauh lebih murah pun boleh kalau “berani”. Anda mungkin teringin membeli iPhone yang baru tetapi terasa sangat mahal. Kalau hendak pakai iPhone juga, saya menggalakkan anda untuk membeli iPhone terpakai, berminat?
Ada orang tanya, bukankah susah hendak mencari iPhone terpakai di kedai kedai yang menjual telefon? Selalunya kedai sebegitu hanya banyak menjual peranti pintar terpakai dengan sistem android sahaja. Jarang hendak lihat kedai yang menjual produk terpakai buatan Apple. Pandangan tersebut mungkin ada benarnya tetapi bukan semua kedai begitu. Ada sahaja kedai yang menjual peranti terpakai buatan Apple. Cuma kena pandai cari sahaja.
Kalau anda ada bajet duit, anda boleh beli iPhone yang baru. Kalau tiada dan tetap mahu menggunakan smartphone dari Apple ini, saya cadangkan pilihan terbaik yang boleh anda lakukan adalah dengan mendapatkan iPhone terpakai iaitu dari jenis second hand. Kalau hendak lebih murah lagi, anda mungkin berminat mendapatkan iPhone jenis refurbished kalau berminat. Saya anggap anda mahu membeli iPhone jenis terpakai berbanding refurbished ok. Jadi di mana hendak membeli dan mendapatkannya?
Senarai Website Yang Menjual Used iPhone
- Lazada – website yang banyak menjual telefon pintar dari Apple
- 11Street – antara website selain Lazada yang terbaik di Malaysia
- Amazon – website luar negara yang paling dipercayai orang ramai
Kalau anda ada masa, anda boleh pergi ke mana mana pasaraya yang ada menjual telefon pintar. Kalau mahu menjimatkan masa, anda boleh membeli mana mana set iPhone original asli jenis terpakai secara online di laman website. Di atas ini saya kongsikan dengan anda 3 website yang paling dipercayai (trusted) untuk anda mencuba membeli smartphone iPhone anda secara online melalui internet. Orang cakap, bukan saya yang cakap. Mereka kata kalau dah pakai iPhone sekali memang susah nak balik kepada telefon android. Betulkah?
The post iPhone Terpakai Second Hand Yang Murah appeared first on eCommerce In Malaysia.