Secanggih mana telefon pintar, semahal mana harganya, pasti akan ada invidivu yang hanya berminat mendapatkan smartphone yang murah murah sahaja. Samada kerana tiada bajet yang besar atau berminat dijadikan sebagai telefon backup sahaja. Apa apa pun pandangan dan pendapat anda. Anda pasti bersetuju dengan saya yang ramai dari kita memang ada mencari mana mana smartphone bawah rm500 yang terbaik, lancar dan “boleh” digunakan tanpa memberikan masalah yang ketara. Hanya yang pernah memakain smartphone android akan faham tentang ini.
Pada kali ini, saya berminat untuk berkongsi dengan anda akan beberapa jenis telefon pintar smartphone android yang dijual di bawah harga RM500 untuk tahun 2017 ini. Mudah cerita, kalau sekarang anda berminat untuk menjadi telefon bajet, mungkin smartphone ini adalah apa yang anda cari dan inginkan. Untuk tahun 2017, memang ada beberapa telefon terbaik bawah RM500 yang dijual di pasaran. Jangan risau, walaupun ianya murah tidak semestinya ianya tidak bagus. Kita akan bantu anda mencari dan membuat pilihan untuk anda.
Beli Bajet Smartphone Bawah RM500
Xiaomi Redmi 4A – Apabila kita bercakap tentang smartphone yang berharga murah, tetapi berjenama dan juga berkualiti. Anda tidak boleh lari dari telefon pintar android keluaran Xiaomi dalam kategori “REDMI” ini. Skrin bersaiz 5 inch, RAM 2GB, CPU dari snapdragon 425, storage 32GB, kamera 13MP/5MP dan kapasiti bateri adalah 3120mAh. Harga semasa yang dijual adalah RM469
Xiaomi Redmi 4X – Smartphone ini adalah versi upgrade dari versi Xiaomi Redmi 4A. Skrin bersaiz 5 inch, RAM 2GB, CPU dari snapdragon 435, storage 16GB, kamera 13MP/5MP dan kapasiti bateri adalah 4100mAh. Harga semasa yang dijual adalah RM499. Pemproses yang lebih laju dan kapasiti bateri yang lebih besar membuatkan ianya pilihan yang lebih menarik berbanding Xiaomi Redmi 4A. Yang terlebih menarik, Xiaomi Redmi 4X ini ada fungsi fingerprint.
Neffos X1 Lite – Smartphone ini adalah telefon pintar keluaran TP-Link. Skrin bersaiz 5 inch, RAM 2GB, CPU dari Mediatek MT6737, storage 16GB, kamera 13MP/5MP dan kapasiti bateri adalah 2550mAh. Harga semasa yang dijual adalah RM499. Telefon pintar ini juga mempunyai fungsi fingerprint.
ZTE Nubia N1 Lite – Smartphone ini adalah telefon pintar keluaran TP-Link. Skrin bersaiz 5.5 inch, RAM 2GB, CPU dari Mediatek MT6750, storage 16GB, kamera 8MP/5MP dan kapasiti bateri adalah 3000mAh. Harga semasa yang dijual adalah RM499. Telefon pintar ini juga mempunyai fungsi fingerprint.
Secara asasnya, ke semua smartphone di atas ini mempunyai spesifikasi yang lebih kurang sama dan harganya juga lebih kurang sama. Kalau anda mahukan skrin yang besar sila dapatkan ZTE. Kalau mahukan pemproses cpu yang lebih baik dan juga bateri yang lebih tahan lama, sila dapatkan model Xiaomi. Sebenarnya ada yang lagi lebih murah. Terpulang kepada bajet anda. Namun kalau anda mahukan smartphone bajet bawah rm500 tetapi memberikan prestasi yang juga baik, maka di atas ini adalah 4 cadangan yang boleh saya berikan kepada anda. Selamat ber-smartphone.
The post Smartphone Bawah RM500 Terbaik Untuk 2017 appeared first on eCommerce In Malaysia.