Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Website Borong Barang Dari China

$
0
0

Rasanya seorang tahu yang negara China adalah pengeluar nombor 1 produk dan barangan berharga murah. Kebanyakkan produk barangan dalam rumah kita di Malaysia pun adalah dari negara China. Ya anda mungkin kenal dengan jenama seperti Sanyo, Toshiba, Sony, Panasonic, LG dan banyak lagi. Brand jenama sebegini bukan dari China. Tetapi apakah produk barang dalam rumah anda itu mempunyai jenama? Sudah tentu tidak. Bagaimana dengan pisau, sudu, baldi, tong sampah, bakul, tuala, beg tangan tidak jenama, seluar yang bukan berjenama, kerusi plastik, screw driver, bekas kuih dan banyak lagi ini bukan berjenama pun. Malah ianya sebenarnya adalah produk borong barang dari China oleh peniaga kepada anda.

Kebanyakkan orang cina di Malaysia yang berniaga dan menjual produk barangan yang tidak berjenama memang mengambil dan import borong barang dari China pun. Anda beli beg tangan cantik, beli selipar, kasut dan sebagainya yang tidak berjenama memang dari negara China. Kalau anda mahu jadi kaya, buat untung seperti orang cina Malaysia, anda kenalah belajar cara import/eksport barang dari China. Kalau anda duit, pergi ke negara China dan belajar sendiri bagaimana hendak deal dan pemborong China untuk dapatkan barang dengan harga murah.

Fidget spinner di jual dengan harga murah dari China

Fidget spinner di jual dengan harga murah dari China

Senarai Website Borong Barang Dari China Online

Kalau tiada bajet, salah satu cara yang paling murah dan mudah untuk borong barang dari China adalah melalui internet. Iaitu dengan cara membuat pesanan order barang melalui website online. Anda kena belajar tahu dan cara untuk menembah barang secara pukal dan banyak di website pemborong China. Beli sedikit sedikit pun boleh. Tiada masalah. Anda tetap akan dapat barang tersebut dengan harga murah. Cumanya kalau anda belajar pembelian pukal, biasanya akan dapat tawaran harga berkali kali lebih murah. Anda tahu website untuk borong barang dari China?

Borong barang dari China murah melalui website Alibaba

Borong barang dari China murah melalui website Alibaba

Senarai Website Untuk Memborong Barang Dari China

  • Alibaba – website china terpopular untuk borong barang dari China murah dalam bentuk pukal
  • Aliexpress – website kedua popular selepas Alibaba. Boleh beli dalam kuantiti sederhana banyak
  • Taobao – boleh beli satu barang dengan harga borong murah
  • Dx.com – menjual pelbagai gadget yang murah
  • Everbuying – menjual barangan elektrik yang murah
  • Chinabuye – menjual banyak gadget unik menarik pada harga sangat rendah
  • Dinodirect – menawarkan pelbagai barangan dari China
  • Geekbuying – syurga bagi peminat gadget
  • GearBest – menjual barangan elektronik yang berkualiti dan sedikit mahal
  • EzBuy – beli barang China dari website Malaysia dengan mudah dengan harga RM
  • Lazada+Taobao – Sekarang Lazada Malaysia pun sudah menjual produk dari Taobao China

Di atas ini saya kongsikan dengan anda akan list senarai website untuk membeli barang secara borong melalui website wholesaler China. Website wholesale dari China untuk memborong secara pukal banyak dan sangat murah adalah Alibaba. Kalau hendak mudah beli dan borong barang dari China dari Malaysia, saya cadangkan anda lawat website Ezbuy. Ini hanya cadangan saya sahaja. Terpulang kepada anda. Saya hanya kongsikan beberapa laman website yang mungkin hendak tahu tempat yang boleh anda memborong barang dengan harga murah. Selamat mencuba.

The post Website Borong Barang Dari China appeared first on eCommerce In Malaysia.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Trending Articles