Saya memang tidak pernah pakai kain pelikat sejak dari kecil lagi. Kalau sembahyang memang biasa pakai seluar sahaja. Asalkan bersih. Dan ayah pun memang pernah menyuruh memakainya. Entah kerana tidak terasa hendak pakai pula. Dan selepas kahwin dan dihadiahkan sehelai kain pelikat, saya mula faham tentang beberapa perkara yang orang selalu sebut sewaktu dulu. Sampai sekarang masih ingat. Ingatkan ianya hanya gurauan. Rupa rupanya ianya betul. Apakah itu? Orang selalu sebut kain pelikat gajah duduk sedap dipakai kerana selesa dan lembut kainnya. Ketika dulu saya tergelak bila dengar gajah duduk ini. Sekarang sudah tidak gelak lagi.
Selepas kahwin ini adalah beberapa kali saya memakai dan menggunakan kain pelikat ketika sembahyang. Saya ada 2 helai. Satu dari jenama biasa biasa. Dan satu lagi dari brand gajah duduk. Memang ada perbezaan ketara. Yang berjenama gajah duduk kainnya lembut dan cantik apabila dilipat dan dipakai. Yang biasa pula kainnya agak keras dan nampak kaku. Namun kalau hanya buat pakai di rumah, kain pelikat yang biasa biasa pun sudah memadai sebenarnya. Asalkan selesa dan menutup aurat.
Kain Pelikat Lelaki
Harga kain pelikat memang agak mahal sebenarnya. Ini saya sendiri terasa ketika membeli beberapa kain pelikat untuk dihadiahkan kepada sanak saudara semasa majlis perkahwinan sebelah saya sebagai goodies. Bila emak suruh mencari di mana mana kedai yang ada menjual murah kain pelikat, memang saya tidak tahu hendak carinya di mana. Dan tidak semestinya perlu mendapatkan brand jenama gajah duduk. Brand lain pun ada juga yang berkualiti. Malah mungkin lebih berkualiti. Cumanya jenama gajah duduk ini sudah sangat sinonim dengan budaya dan orang melayu kita. Itu sahaja.
Kalau anda berminat hendak mencari, membeli untuk memakai kain pelikat dengan mudah dan murah. Saya sarankan anda mendapatkannya secara online di internet. Beli sahaja melalui website. Tidak perlu membuang masa mencari di kedai kedai pakaian muslim. Buang masa dan duit minyak anda sahaja. Berminat? Sila klik link di bawah ini untuk anda mendapatkan kain pelikat lelaki yang anda inginkan. Selamat mencuba.
>>> Dapatkan Kain Pelikat Di Sini – [ Click Here ] <<<
The post Kain Pelikat Lelaki Yang Kemas, Cantik Dan Selesa appeared first on eCommerce In Malaysia.