Sebenarnya agak susah hendak mencari lori sewa ini. Kalau anda tiba tiba mahu pindah rumah, mahu pindah barang dan sebagainya. Anda pasti tidak tahu kepada siapa anda patut bertanya tentang servis angkut barang betul? Lainlah kalau anda sendiri atau mempunyai rakan yang mempunyai lori. Kalau tiada, memang tidak tahu hendak cari di mana untuk menyewa lori. Dan kalau jumpa belum tentu anda bersedia dengan kadar harga yang pemilik lori kenakan. Dan kalaupun anda bersetuju dengan harganya pula, mungkin tiada pekerja untuk angkat barang anda. Susah juga bukan? Ini adalah senario biasa yang kita semua lalui sebenarnya.
Saya sendiri berpengalaman menyewa sebuah lori kerana hendak bawa barang dan pindah rumah. Macam macam hal ragam yang saya temui ketika mencari lori sewa yang di inginkan. Sudahlah tidak tahu hendak bertanya dan telefon siapa. Lepas jumpa pula macam macam kadar harga melampau yang mereka kenakan. Ada satu company kenakan cas RM400 untuk menyewa lori beliau. Itu baru sewa lori, belum lagi untuk mencari dan upah pekerja. Memang melampau. Kalau barang dalam rumah sedikit dan juga ringan tidak mengapa. Rumah sewa lama saya dulu tingkat 3. Hendak bawa almari, peti ais, tv, meja, mesin basuh dan sebagainya memang memerlukan pekerja.
Tempah Lori Sewa Melalui Internet
Jadi apakah kesimpulan yang ingin saya sampaikan kepada anda melalui cerita di atas ini? Melalui kaedah biasa mencari lori sewa, anda akan menemui 2 perkara yang menyusahkan anda. Yang pertama soal harga. Tiada harga tetap atau khusus yang anda akan jumpa. Semuanya mengikut pemilik lori tersebut terpulang beliau hendak kenakan cas berapa. Yang kedua pula adalah berkenaan pekerja untuk angkat barang. Memang susah hendak cari pekerja. Kalau ada pun anda kena bersedia dengan upah bayaran untuk angkat barang anda. Susah bukan?
Atas sebab itu, ada alternatif lori sewa yang lebih mudah dan murah untuk anda gunakan. Ada sebuah syarikat yang menjalankan servis perkhidmatan menyewa lori kepada orang awam. Mereka gunakan internet online sebagai medium perantara untuk anda tempah lori sewa yang anda inginkan. Anda hanya daftar, masukkan maklumat alamat, pilih masa dan pilih jumlah pekerja. Dan selepas itu website tersebut akan secara automatik membuat kiraan bayaran yang dikenakan kepada anda. Mudah bukan? Dan selepas itu, lori yang dinantikan akan tiba ke alamat rumah anda. Mudah bukan?
Bagaimana dengan rate atau kadar harga yang dikenakan. Dari pengalaman saya menggunakan lori sewa biasa bersaiz 1 tan, dengan 2 pekerja angkat barang, saya dikenakan harga sebanyak RM350. Tetapi dari penggunaan kira kira melalui website yang saya perkenalkan ini untuk jarak lokasi yang sama, mereka hanya kenakan kadar bayaran yang berpatutan iaitu sebanyak RM329 (tidak termasuk gst). Jadi, dari kira kira ini saya dapati rate kadar cas harga untuk menyewa lori dari syarikat ini adalah murah dan berpatutan. Lagi pula servis mereka ini adalah professional yang memang ini bidang kepakaran mereka. Kalau anda berminat untuk mencuba mendapatkan lori sewa yang bagus dan juga murah, sila layari website mereka untuk tempah lori pindah barang yang anda inginkan secara online. Selamat mencuba.
>>> Tempah Lori Sewa Di Sini – [ Click Here ] <<<
The post Tempah Lori Sewa Dengan Kadar Bayaran Berpatutan appeared first on eCommerce In Malaysia.