Adakah anda pernah membeli barang di Lazada Malaysia? Pengalaman baik ataupun buruk? Adakah barang yang sampai menepati apa yang dipromosikan atau sebaliknya? Apapun pengalaman anda, begitulah lazim pembelian secara atas talian internet berlaku. Namun, secara realitiya, pembelian barang secara online adalah selamat asalkan anda tahu di manakah tempat anda membeli dan bagaimana anda membeli. Ini semua berkaitan dengan pengalaman membeli. Baru baru ini saya ada membeli seluar jeans di Lazada. Dan ini adalah kali pertama saya membeli seluar jeans secara online.
Untuk membeli produk barangan di Lazada adalah mudah. Ianya sama sahaja dengan online store shopping yang lain lain. Anda cari produk yang anda suka, anda melakukan pesanan, anda lakukan bayaran samada menggunakan debit kad, kredit kad atau paypal dan kemudian tunggu barang anda sampai di rumah anda mengikut apa yang di janjikan. Apa yang best dan seronok membeli barang di Lazada adalah saya tidak perlu penat berjalan dan saya dapat membeli dengan harga lebih murah.
Membeli Seluar Jeans Di Lazada Onlinr
Berapakah lama masa yang diperlukan untuk mendapat barang yang telah di pesan dan di bayar? Saya membeli seluar jeans di Lazada dan barangan ini saya dapat selepas 2 minggu. Ini kerana ianya di pos dari luar negara. Lagi pun saya tidak ternanti nantikan akan seluar jeans ini kerana saya tahu ianya telah menyatakan tarikh “sekian dan sekian” akan bilakah ianya akan sampai. Jadi saya sudah tahu ianya memang akan lambat sampai. Sebelum membayar, pastikan anda lihat tarikh bilakah ianya akan pos kepada anda untuk elakkan anda salah faham.
Ini adalah kali kedua saya membeli di Lazada Malaysia. Kali pertama beli beg dompet dan kali kedua beli seluar jeans. Dan kedua dua barang yang diterima dapat sama dengan apa yang diiklankan dan saya sangat berpuas hati. Saya cadang akan membeli lagi untuk seterusnya dan akan berkongsi dengan anda akan artikel dari barangan baru yang bakal saya beli nanti. Harga seluar jeans di atas adalah RM170 dan setelah diskaun dapat dengan harga RM140 sahaja. Saya tidak pasti samada kualiti berbaloi dengan harga atau tidak. Dari rasa sendiri, kualiti kain memang kena dengan harga yang di minta.
Senarai Beberapa Website Yang Menjual Seluar Jeans Murah
- Lazada Malaysia – Lazada memang menjual dan mempromosi banyak seluar jeans
- Ezbuy Malaysia – Anda boleh beli seluar jeans dari China dalam ringgit Malaysia
- Aliexpress – Kalau hendak mencari seluar jeans lelaki murah, di sinilah tempatnya
Video Cara Cara Membeli Membuat Pesanan Order di Lazada
Adakah anda pernah membeli seluar jeans di Lazada secara online? Bagaimana pengalaman anda? Boleh kongsikan dengan saya? Dari hasil pembelian yang kedua ini baru saya tahu yang ada peniaga yang berbisnes menjual di Lazada tidak mempunyai stok dalam kedai mereka. Melainkan mereka membuat pesanan order terus dari luar negara. Sebab itu ianya agak mengambil masa. Saya tidak kisah, asalkan barang yang saya beli sampai dan dijual dengan harga yang berpatutan. Selamat membeli di Lazada.
The post Pengalaman Membeli Seluar Jeans Di Lazada appeared first on eCommerce In Malaysia.