Kalau anda perasan, alat permainan yang menjadi trend di luar negara khususnya di Amerika sudah memasuki pasaran Malaysia seperti, Self Balancing Scooter, Quadcopter dan juga kamera aksi seperti Kamera GoPro. Ramai yang tergila gilakan peralatan ini kerana ianya menarik dan menyeronokkan. Namun ada kalanya tidak semua orang mampu untuk memiliki hobi yang agak mahal seperti ini walaupun berminat. Sebab itulah adanya negara China yang memberikan jalan pilihan untuk anda mendapatkan peralatan yang anda mahukan dengan harga jauh lebih murah seperti kamera aksi Xiaomi Yi yang akan saya perkenalkan ini.
Sebelum ini saya ada berkongsi dengan anda akan artikel bertajuk smartphone murah China tentang anda boleh mendapatkan telefon pintar yang mempunyai spesifikasi tinggi tetapi dengan harga jauh lebih murah di samping berkualiti. Jadi bagaimana pula dengan kamera aksi? Bila sebutkan kamera aksi, ramai yang terfikir tentang Kamera GoPro Hero 4. Kalau lihat harga, memang tidak ramailah yang mampu untuk membeli dan memilikinya. Jadi di sini, alternatif murah yang boleh anda dapatkan adalah dengan membeli sahaja kamera aksi Xiaomi Yi ini. Anda mahu?
Beli Kamera Aksi Xiaomi Yi Online
Jadi apakah kamera aksi Xiaomi Yi ini? Ianya adalah kamera aksi yang sama fungsinya seperti kamera aksi dari jenama GoPro. Namun anda boleh memilikinya dengan harga yang lebih murah. Majoriti harga kamera GoPro anda perlu berbelanja paling kurang RM1000 dan ke atas. Dengan kamera aksi dari jenama Xiaomi Yi ini, kos untuk memilikinya paling murah adalah dengan harga RM300 sahaja. Murah bukan? Berminat?
Saya telah membuat survey dan saya telah menjumpai laman website dari Malaysia yang menjual kamera GoPro. Malah yang lebih menarik, laman web tersebut juga ada menjual kamera aksi Xiaomi Yi juga. Jangan risau, website tersebut juga menjual pelbagai aksesori tambahan supaya pembelian anda menjadi lengkap untuk aktiviti anda nanti. Jangan risau pasal kualiti Xiaomi Yi ini kerana ianya menggunakan 16mp Sony Exmor R BSI CMOS Sensor. Jadi tiada isu kualiti di situ.
Website Yang Menjual Action Camera Xiaomi Yi
- Lazada – di Malaysia, website ini adalah official store online untuk Xiaomi Yi
- Cameralah – website ini adalah website yang khusus untuk action camera
- Amazon – anda juga boleh beli kamera aksi Xiaomi Yi dari Amazon
Kesimpulan mudah begini. Kalau anda mahukan kamera aksi yang lebih murah tetapi mempunyai kualiti yang sama baik seperti kamera GoPro, saya nasihatkan anda untuk mendapatkan kamera aksi Xiaomi Yi. Anda lihat sahaja perbandingan video di atas. Rasanya tidak ada beza yang ketara. Jenama Xiaomi bukan jenama murahan di China. Ianya salah satu jenama yang terbaik yang dikeluarkan dari negara China. Jadi bagaimana? Anda berminat? Lawat laman jualan kamera aksi jenama Xiaomi Yi di Malaysia ini dengan klik link di atas ini. Selamat membeli..
The post Kamera Aksi Xiaomi Yi Terbaik Dan Murah appeared first on eCommerce In Malaysia.