Sebenarnya ramai yang tidak faham akan maksud “refurbish” ini. Majoriti berpendapat ianya adalah sama dengan “tiruan”. Pandangan anda ini salah. Mungkin anda betul dalam hal produk yang diberikan tanda refurbish ini adalah produk yang kualitinya sedikit rendah. Bagi saya ianya tidak bermasalah selagi ianya boleh berfungsi dengan baik. Bagaimana jika anda berhajat untuk membeli iPhone murah yang bertanda refurbish ini? Apakah baik atau tidak?
Sebenarnya dari maklumat dari Apple sendiri di sini – [ Apple Certified Refurbished Products ] ianya menceritakan tentang produk apple yang mempunyai masalah teknikal yang kemudian dipulangkan semula kepada pengilang untuk proses baik pulih dengan menukar mana mana komponen yang bermasalah. Cumanya, selepas melalui proses itu, ianya tidak sama seperti produk yang dikeluarkan yang tanpa masalah. Dan kesemua komponen tetap original dan mempunyai sistem iOS yang sebenar.
Clik here to view.

Anda boleh membeli iPhone murah online melalui website eCommerce Lazada Malaysia
Membeli iPhone Murah Yang Refurbished
Jadi apa kelebihan membeli iPhone murah yang refurbish ini? Ada 3 hal yang akan berlaku iaitu anda mendapat produk iPhone dengan harga jauh lebih murah, produk berfungsi dengan baik tanpa masalah dan produk tetap seperti produk yang baru kerana komponen yang digunakan untuk menggantikan bahagian yang bermasalah tetap menggunakan komponen yang asli dari Apple. Bukan saya yang kata, anda lihat sendiri dokumen di atas yang saya berikan. Jadi apa tanggapan anda?
Secara peribadi, tanggapan saya berkenaan membeli iPhone murah yang refurbish ini berbaloi untuk dimiliki. Bahagian rosak ditukar dengan komponen asli dan sistem tetap sistem iOS dan bukannya tiruan. Malah yang terlebih seronok anda dapat membelinya dengan harga sangat sangat murah. Namun ianya terpulang kepada anda jika mahu membeli set original yang mahal. Kalau anda membeli set refurbish pun bukan orang tahu kalau menurut saya. Malah tiada beza.
Website Yang Menjual Refurbished iPhone Original
- Lazada – sila lawat website ini kalau anda ingin beli iPhone murah dari website Malaysia
- Amazon – sila lawat website ini jika anda ingin dapatkan iPhone murah dari luar negara
Namun kekurangan dari set refurbish membeli iPhone murah yang ada mungkin dari segi faktor bateri, body, casing dan juga aksesori kerana ianya mungkin datang dari pihak ketiga yang kualitinya kurang dan juga termasuk anda hanya layak mendapat perlindungan jaminan warranty dari pihak penjual sahaja. Pendapat saya, dengan membeli iPhone murah ini, perkara aksesori yang kurang berkualiti bukan masalah besar. Ini kerana sistem hardware termasuk iOS tetap original dari Apple. Yang anda mahu pakai adalah sistemnya dan bukanya aspek luaran tersebut. Anda boleh beli iPhone refurbish ini secara online melalui link di atas ini. Selamat menggunakan iPhone.
The post Cara Membeli iPhone Murah Refurbish Di Internet appeared first on eCommerce In Malaysia.