Kepada anda yang mahu mula berjinak jinak hendak belajar mahu membeli barang secara online. Pasti mahu tahu tentang online shopping store yang popular di Malaysia yang digunakan oleh ramai pengguna. Mudah cerita, ramai orang guna dan keyakinan untuk membeli belah secara online pasti lebih yakin bukan. Saya akan kongsikan kepada anda akan beberapa online shopping stores di Malaysia yang boleh anda percayai untuk membeli secara atas talian internet.
Saya harap saya tidak perlu bercerita tentang bagaimana pembelian secara online dilakukan, Anda hanya perlu klik dan ikuti arahan yang diberikan. Yang anda perlukan adalah akaun paypal atau debit card atau credit card. Selalunya hanya 3 kaedah ini sahaja yang diperlukan untuk membeli di laman online shopping store ini. Nasihat saya, anda jangan terlalu tergopoh gopoh, lihat betul betul apa yang anda beli, berapa yang anda kena (cas harga) dan selepas itu barulah anda menekan butang “pay” itu.
Online Shopping Store Malaysia Yang Perlu Anda Ketahui
Saya akan berikan pelbagai jenis online shopping store yang boleh anda lawati. Ini kerana tidak semua laman web e-shopping menawarkan produk yang sama. Ada yang menjual satu jenis produk sahaja seperti tudung shawl, pakaian, kasut dan ada yang menjual pelbagai barangan kecantikan dan kesihatan dan ada yang menjual pelbagai barangan keperluan rumah. Jadi untuk memberikan hanya 1 sahaja laman kedai online rasanya tidak tepat. Anda lihat sendiri dan anda pilih sendiri ok.
13 laman web online shopping store Malaysia terpercaya adalah ;
- Lazada – Laman jual beli online yang menawarkan pelbagai barangan. PALING POPULAR
- Zalora – Laman jual beli online yang lebih kepada fesyen dan juga pakaian
- Reebonz – Laman jual beli online mewah berjenama yang lebih kepada barangan wanita
- Tesco Online – Laman jual beli online yang lebih kepada barang keperluan harian isi rumah
- PopLook – Laman jual beli online yang lebih kepada Muslimah Fashion yang moden
- FashionValet – Laman pakaian fesyen wanita yang menghimpun pelbagai jenama dari Asia
- Babydash – Laman jual beli online yang menjual produk dan barangan berkaitan bayi
- BagBag – Laman jual beli online yang menjual bag tangan
- Cameralah – Laman jual beli online yang menfokus kepad kamera
- EasyDeal – Laman jual beli online yang menawarkan kupon, baucer diskaun
- F.O.S – Laman official yang menjual pakaian jenama F.O.S
- Tudung2U – Laman jual beli online yang menjual pelbagai jenis tudung cantik
- EzBuy – Laman jual beli online yang menjual barangan murah dari China dan Taiwan
Mungkin apa yang saya kongsikan ada sesetengah online shopping store adalah baru buat anda. Saya tidak mahu memasukkan “mudah.my” dan “lelong.com.my” di dalam senarai kerana saya mahu memperkenalkan kepada anda akan laman jual beli online yang lebih baru dan terkini. Anda boleh lawat ke semua laman merchant eCommerce yang saya kongsikan. Saya pasti akan ada laman yang anda suka. Kalau berminat, anda boleh terus membeli dengan yakinnya. Selamat membeli belah secara online
The post Senarai Online Shopping Store Terbaik Di Malaysia appeared first on eCommerce In Malaysia.