Saya baru sahaja hadir ke seminar asas saham secara percuma anjuran Dato Dr Nazri Khan dengan membuat pendaftaran di website PelaburGlobal.com. Tujuan saya hadir ke seminar tersebut kerana ingin tahu sendiri secara berdepan dengan pakar saham Malaysia tentang apa itu saham dan apakah salah tanggap yang kita rasakan selama ini. Dan selepas habis mengikuti sesi seminar saham tersebut, BENARLAH yang selama ini saya dan kita semua memang banyak salah faham tentang saham. Sehingga menyebabkan kita tidak mengambil langkah pertama untuk mula belajar melabur di saham bursa Malaysia.
Apa yang membuka minda saya? Yang pertama sekali berkenaan halal haram pelaburan di saham bursa Malaysia. Tahukah anda, yang Bursa Malaysia negara kita mempunyai senarai saham yang patuh syariah (shariah compliant) sebanyak 80%. Dengan kata lain, sebanyak 80% saham yang di dagangkan di Bursa Malaysia adalah halal. Dan yang lebih menyedihkan, walaupun golongan bumiputera di Malaysia adalah 65%, hanya 8% sahaja golongan bumiputera yang melabur dalam saham di Malaysia. Sangat sedikit.
Cara Buat Duit Dengan Saham Bursa Malaysia
Apakah punca sebenar sehinggakan golongan bumiputera terlalu sedikit terlibat dalam pelaburan saham bursa Malaysia? Jawapannya hanya satu sahaja iaitu TIDAK ADA ILMU PELABURAN SAHAM. Inilah punca dan masalah utama bumiputera. Dan faktor kedua pula, kurangnya golongan bijak pandai atau pakar saham dari golongan bumiputera yang boleh berkongsi ilmu dan pengalaman mereka. Di sebabkan pakar ekonomi dan analisis saham seperti Dato Dr Nazri Khan yang membuat jelajah 1 Malaysia untuk berkongsi tentang asas saham, maka saya mengambil peluang ini untuk mendengar sendiri tentang potensi buat duit dengan saham bursa Malaysia.
Persediaan Asas Untuk Mula Belajar Tentang Saham Bursa Malaysia
- PelaburGlobal – lawat website ini, daftar dan hadiri seminar PERCUMA asas saham
- EbookSaham – dapatkan ebook saham untuk anda mula belajar cara melabur dalam saham
Apa yang saya dapat setelah menghadiri seminar saham anjuran PelaburGlobal.com? Sudah tentu ilmu. Saya nampak potensi. Saya nampak bagaimana bangsa lain boleh buat duit dan menjadi kaya dengan saham bursa Malaysia. Saya nampak semua itu. Sekarang saya sudah memulakan langkah pertama saya dengan mendapatkan ilmu asas saham. Dan selepas ini saya perlu mulakan langkah yang kedua pula dengan membuka akaun saham dan memulakan pelaburan dengan membeli unit unit saham di Bursa Malaysia. Kalau sudah berjaya (insyaallah), saya akan kongsikan tips dan pengalaman sebenar saya melabur saham dengan anda semua. Bye.
The post Belajar Cara Melabur Saham Bursa Malaysia appeared first on eCommerce In Malaysia.