Negara China sekarang adalah sebuah negara pengeksport terbesar barangan di dunia. Dengan kata lain, ianya membuat pelbagai produk barangan dengan harga murah. China menjadi salah satu lubuk supplier pembekal dan pemborong yang terbesar. Jadi apakah rahsia orang cina di Malaysia berjaya buat duit di Malaysia? Salah salah sebabnya adalah dengan borong china online sahaja. Orang cina di Malaysia, dengan kuasa duit, mereka membeli terus barangan siap dari China dengan harga borong dan jual kembali ke Malaysia dengan harga pasaran. Mereka buat duit berkali kali ganda dengan mudah sahaja.
Sebagai contoh, harga sebuah pam tayar mudah alih dijual dengan harga borong di bawah RM50 sahaja. Dan kemudiannya dijual kembali di Malaysia dengan harga RM80 dan ke atas. Dan ada banyak lagi barangan dari China yang kemudiannya di jual kembali di Malaysia dengan kadar keuntungan minima 50% – 100% atau lebih. Masalah kita kenapa kita tidak berjaya membuat jualan dengan kadar keuntungan tinggi kerana kita tidak tahu lubuk pembekal produk yang ingin kita jual itu. Kalau anda sudah tahu cara yang betul untuk borong china online, saya pasti anda akan teruja.
Website Supplier Pemborong Pembekal Borong China Online
Anda taip “perabot murah China” dan anda baca artikel tersebut. Saya pasti anda akan terkejut. Cerita tentang harga perabot dari China. Bayangkan lampu Chandelier yang nampak mewah di Malaysia dijual dengan harga RM3999. Tetapi harga yang dibeli dari dari China hanyalah RM1200 sahaja. Bayangkan berapa keuntungan yang peniaga di Malaysia hasilkan? Berkali kali ganda bukan? Anda janganlah terkejut, barangan di Malaysia untuk kegunaan rumah yang kita beli sehari hari memang kebanyakkan dari China. Kita sahaja yang tidak sedar. Mahu tahu website untuk borong china online?
Senarai 10 Laman Web eCommerce China
- Alibaba – website china paling popular dan paling besar. Kena beli secara pukal banyak
- Aliexpress – website kedua popular selepas Alibaba. Boleh beli dalam kuantiti sederhana banyak
- Taobao – boleh beli satu barang dengan harga borong murah
- Dx.com – menjual pelbagai gadget yang murah
- Everbuying – menjual barangan elektrik yang murah
- Chinabuye – menjual banyak gadget unik menarik pada harga sangat rendah
- Dinodirect – menawarkan pelbagai barangan dari China
- Geekbuying – syurga bagi peminat gadget
- GearBest – menjual barangan elektronik yang berkualiti dan sedikit mahal
- EzBuy – beli barang China dari website Malaysia dengan mudah dengan harga RM
Di atas ini saya kongsikan dengan anda akan beberapa website yang menjadi supplier, pemborong, pembekal atau penjual yang menjual barangan dari China dengan harga murah. Saya hanya kongsikan dengan anda sahaja. Andalah yang kena pandai buat survey dan semakan harga yang website borong china online yang mana ada menawarkan harga yang paling murah. Kalau sudah jumpa anda boleh buat pembelian barangan tersebut terus dari website tersebut secara online. Saya harap anda jumpa dengan apa yang anda cari. Selamat membeli belah yang menjimatkan dari web borong barang dari china . Bye
The post Lubuk Supplier Untuk Borong China Online appeared first on eCommerce In Malaysia.