Dari perkongsian statistik di internet menunjukkan golongan wanita muslim Malaysia ketika ini adalah seramai 8.48 juta wanita. Di sebabkan statistik inilah kenapa perniagaan menjual tudung hijab shawl menjadi satu lubuk bisnes antara yang paling menguntungkan di Malaysia. Pasaran sangat luas, permintaan sangat tinggi terhadap fesyen jenama tudung yang popular. Dan sudah tentu di Malaysia kita ada senarai jenama tudung dari artis artis yang menjadi pujaan dan ikutan dan fesyen tudung. Malah golongan wanita Malaysia adalah antara wanita muslimah yang sanggup berhabis hingga ratusan ringgit untuk sehelai tudung.
Saya pernah ke butik pakaian wanita muslimah. Dan di satu sudut pakaian tersebut di buat tempat khas untuk produk yang berasaskan tudung hijab shawl scarf. Dan setiap tudung disusun berdasarkan jenama masing masing. Jadi ianya akan ternampak mahal, lembut, cantik dan yang paling penting tampak eksklusif. Ada jenis yang ready made boleh terus sarung dan pakai dan anda yang seperti shawl scarf yang perlu dililit dikepala untuk menggayakannya.
Senarai Jenama Tudung Popular Malaysia
Di Malaysia terdapat banyak sekali jenama tudung yang bagus bagus. Ada yang mahal dan ada yang murah. Harga adalah perkara yang subjektif bagi saya. Kalau ianya dijual mahal kerana eksklusif, dan ada orang yang mampu membelinya, jadi biarkanlah. Adat orang berniaga dan adat pelanggan yang membeli. Setakat yang saya tahu dan pernah dengar, tudung jenama DuckScarf telah berjaya dijual sehingga RM800 sehelai kerana promosi terhad khas sempena pelancaran jenama tersebut.
Website Jenama Tudung Popular Online Malaysia
- Duckscarf – Jenama tudung yang viral kerana sehelai tudung berjaya dijual berharga RM800
- Tudung2u – Website eCommerce merchant lubuk tudung terbesar di Malaysia
- Aidijuma – Popular dengan trademark tudung bawal aidijuma dengan harga murah bawah RM50
- Own Nora Danish – Rekaan tudung dari Nora Danish sebagai ahli baru dalam bidang ini
- Naelofar – Rekaan tudung hijab dari artis Neelofa
- Poplook – Tudung scarves yang cantik cantik, trendy dan terkini
- SiComel – Menjual tudung khas untuk kanak kanak perempuan
- Sugarscarf – Jenama tudung scarf yang berkualiti dan terasa mahal
- SimpleHIjab – Jenama tudung terbaru yang cantik di bawah harga RM50
Di atas ini saya kongsikan dengan anda senarai beberapa website yang menjual beberapa jenama tudung yang terkenal dan popular di Malaysia. Saya tidak berkongsikan ke semua jenama tudung yang ada di Malaysia ini. Cukuplah hanya beberapa senarai jenama tudung yang perlu anda tahu jika anda berhajat untuk mencari dan membeli tudung secara online di website internet. Itupun pasti sudah banyak sekali jenis jenis tudung yang dipromosikan sehingga anda pasti rambang mata dibuatnya. Apa apa pun selamat berpuas hati dengan jenama tudung yang anda beli itu. Bye
The post Senarai Jenama Tudung Yang Popular Di Malaysia appeared first on eCommerce In Malaysia.