Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Senarai Laman Web Beli Barang China

$
0
0

Negara China sekarang sudah menjadi kuasa ekonomi. Malah laman web eCommerce paling besar di dunia pun adalah dari China. Anda jangan ingat Ebay dan Amazon itu sangat hebat. Sebenarnya Alibaba lagi hebat. Jualan di Ebay dan Amazon kalau campur sekali pun masih belum berjaya mengatasi jualan website Alibaba. Nampak tidak betapa besarnya jual beli barang dari China. Dengan kata lain, sekarang sudah sangat ramai pengguna internet yang beli barang china termasuk rakyat dari Malaysia kita. Malah saya sendiri pun sudah berpengalaman beberapa kali membeli barang dari China.

Anda tidak percaya saya pernah beli barang china. Sila baca artikel ini iaitu [ Membeli Di AliExpress ]. Sebenarnya banyak barangan yang kita beli di kedai kedai di Malaysia datangnya dari negara China. Anda pernah beli barang di kedai RM2? Anda pernah beli barang pertukangan di kedai yang menjual tukul besi dan sebagainya? Anda pernah beli bag bag tangan yang tidak berjenama dan murah di pasaraya shopping complex? Anda pernah membeli seluar jeans yang murah murah di kedai yang menjual pakaian? Semua produk tersebut adalah dari China.

beli barang china dari web eCommerce popular Aliexpress

beli barang china dari web eCommerce popular Aliexpress

Beli Barang China Online Murah Melalui Internet

China menjual pelbagai barangan. Banyak juga barangan elektrik yang murah murah. Kadang kadang terlalu murah. Kalau anda suka beli barang yang murah dan banyak. Anda boleh beli barang china secara online melalui internet. Di Malaysia, walaupun kebanyakkan barang datangnya dari China, tetapi peniaga sudah mark-up harga sedikit untuk membuat untung. Jadi kalau anda mahukan barangan yang lebih murah, anda beli sahaja barangan buatan China dari China melalui internet. Bukan susah pun hendak beli barang secara online. Sama sahaja kaedahnya seperti website yang lain lain.

Beli gadget elektronik murah China di Geekbuying

Beli gadget elektronik murah China di Geekbuying

Senarai Website eCommerce Beli Barang China

  • Alibaba – website china paling popular dan paling besar. Kena beli secara pukal banyak
  • Aliexpress – website kedua popular selepas Alibaba. Boleh beli dalam kuantiti sederhana banyak
  • Taobao – boleh beli satu barang dengan harga borong murah
  • Dx.com – menjual pelbagai gadget yang murah
  • Everbuying – menjual barangan elektrik yang murah
  • Chinabuye – menjual banyak gadget unik menarik pada harga sangat rendah
  • Dinodirect – menawarkan pelbagai barangan dari China
  • Geekbuying – syurga bagi peminat gadget
  • GearBest – menjual barangan elektronik yang berkualiti dan sedikit mahal
  • EzBuy – beli barang China dari website Malaysia dengan mudah dengan harga RM

Samada anda seorang peniaga, atau anda memang jenis kaki shopping online. Dan anda mahukan barangan yang murah murah. Saya mencadangkan anda beli barang china secara online melalui website website eCommerce yang banyak di internet. Di atas ini, saya perkenalkan anda dengan beberapa website dari China atau dari Malaysia yang menawarkan kepada anda untuk membeli barangan buatan dari China terus secara online. Anda pasti akan rambang mata untuk membeli barangan yang anda mahukan. Selamat membeli belah secara online di web merchant China.

The post Senarai Laman Web Beli Barang China appeared first on eCommerce In Malaysia.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Trending Articles