Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Beli Kasut Wanita Secara Online Yang Murah

$
0
0

Sekarang sudah ada banyak website eCommerce merchant yang menjual kasut wanita secara online. Ada yang mahal, ada yang sederhana mahal dan ada yang murah. Semuanya dijual sekali dan terpulang kepada bajet prospek pembeli. Kalau anda sudah biasa membeli melalui internet, maka tiada masalah untuk anda beli kasut wanita secara online juga. Kekurangannya mungkin anda tidak dapat mencuba dahulu samada selesa atau tidak dipakai. Tetapi itu tidak menjadi masalah jika anda sudah pernah membelinya dari jenama yang sama dan sudah tahu saiz yang patut anda pilih.

Apakah kelebihan beli kasut wanita melalui website? Sudah tentu kerana pilihan. Anda pergi kedai, anda terpaksa pergi dari satu kedai ke kedai butik kasut yang lain berdasarkan jenama. Kalau anda membuat windows shopping, anda boleh melihat ke semua kasut wanita secara online dan boleh mencari kasut wanita murah dengan mudah kalau anda mahu. Hendak mencari kasut wanita yang berharga mahal pun mudah kalau mahu. Semua ada.

Beli kasut wanita murah di Zalora Malaysia

Beli kasut wanita murah di Zalora Malaysia

Website Untuk Beli Kasut Wanita

Saya sebenarnya kurang jelas apakah maksud beli kasut wanita secara online yang “murah”. Apakah definisi murah bagi anda? Adakah ianya sebuah kasut yang berharga RM10, RM30, RM50, di bawah RM100 atau bagaimana? Boleh anda kongsikan dengan saya? Ini kerana takrifan kasut wanita murah berbeza dari setiap wanita. Ada yang yang kata RM150 itu murah. Ada yang kata RM200 itu murah. Ini kerana, secara kebiasaannya harga kasut wanita memang lebih mahal dari kasut lelaki mengikut pengalaman saya.

Jadi, kita tidak boleh ukur murah atau tidak kasut wanita berdasarkan harga kasut lelaki. Kenapa saya katakan begitu, rakan perempuan saya membeli kasut wanita berharga RM150 untuk dipakai ketika bekerja. Tidak sampai 3 bulan pakai, tapak kasut sudah tertanggal. Jadi ukuran harga RM150 untuk kasut wanita belum tentu menggambarkan kualiti yang bagus dan juga berharga mahal. Belum tentu.

Senarai Website Untuk Beli Kasut Wanita Malaysia

Christy Ng – Kasut di website ini memang cantik cantik. Anda siap boleh men-design sendiri kasut anda di sini. Kalau anda hendak mencari kasut raya wanita yang di bawah RM100 pun banyak. Juga sesuai jika anda mahu membeli kasut perkahwinan di sini

Zalora Malaysia – Website merchant ini memang salah satu website popular untuk wanita. Kalau sebut “fesyen”, Zalora memang salah satu website terbaik. Koleksi kasut wanita yang terkini, cantik dan trendy ada di sini

Dapatkan kasut wanita murah dan cantik di Lazada Malaysia

Dapatkan kasut wanita murah dan cantik di Lazada Malaysia

Lazada Malaysia – Rasanya website ini tidak perlu saya cerita panjang. Semua orang tahu tentang Lazada. Kalau anda mencari kasut wanita yang cantik dan juga murah, memang ada di sini.

Reebonz Malaysia – Kalau anda sukakan kasut wanita atau kasut raya yang berjenama dan mahal, anda boleh lawat website reebonz ini

Bonia Malaysia – Kalau anda sukakan jenama bonia, anda boleh lawat di sini. Pandangan saya, kasut jenis ini memang sesuai untuk raya dan perkahwinan

EzBuy Malaysia – Kalau mahu beli kasut wanita dari China dan berharga sangat murah, boleh lawat web ini.

E-Glampot – Kalau mahukan kasut sangat mahal dan mewah berjenama luar negara seperti Prada, Gucci, Valentino, Tod’s dan sebagainya, sila lawat web ini

Kasut lelaki jenama Bata Malaysia berharga di bawah RM100 pun boleh bertahan selama 1 tahun tanpa masalah. Kesimpulannya yang ingin saya sampaikan adalah, tetapan harga beli kasut wanita online yang murah adalah perkara subjektif. Diri anda sendiri yang tentukan samada harga tersebut murah atau tidak mengikut kemampuan kewangan bajet anda sendiri. Dan di atas ini saya kongsikan dengan anda akan beberapa website untuk anda membeli kasut wanita idaman anda. Selamat membeli belah di internet.

The post Beli Kasut Wanita Secara Online Yang Murah appeared first on eCommerce Malaysia.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Trending Articles